Trivia

Pertarungan Paling Lama Dalam Sejarah Dragon Ball Z

Views

Siri anime dan manga Dragon Ball Z merupakan salah satu siri yang paling diminati oleh peminat-peminat manga Jepun. Bermula dari siri Dragon Ball sehinggalah ke siri Dragon Ball Super, siri berkenaan berjaya menambat hati peminat-peminat dari seluruh dunia.

Salah satu daya tarikan yang ada pada siri Dragon Ball ialah babak-babak pertarungan diantara Goku dan rakan-rakannya  menentang penjahat-penjahat dalam siri Dragon Ball Z. Disini kami ingin kongsikan babak pertarungan paling lama yang pernah direkodkan dalam siri Dragon Ball Z.

15. Trunk Vs Perfect Cell (3 Episod)

Setelah Goku, Piccolo dan Vegeta menawarkan diri untuk menewaskan Cell yang sudah mencapai tahap sempurna dalam permainan Cell Game, Super Saiyan yang datang dari masa hadapan, Trunk - yang juga anak kepada Vegeta - tampil untuk menewaskan musuhnya itu, tetapi gagal.

14. Goku Vs Captain Ginyu (3 Episod)

Pertarungan diantara Goku dan orang kanan Frieze, Captain Ginyu. Krilin, Gohan dan Vegeta turut bersama membantu Goku untuk menewaskan salah seorang kuncu Frieza ini.

13. World Martial Art Tournament Battle Royal (3 Episod)

Pertarungan paling menarik dan kelakar dimana perlawanan akhir diantara Mr. Satan dan Android 18. Pada awalnya dijangka Mighty Mask akan ke pusingan akhir, tetapi Android 18 mendedahkan identiti Mighty Mask yang sebenarnya gabungan antara Goten dan Trunk. Mighty Mask disingkirkan, juaranya sudah diketahui, sudah tentunya Mr. Satan!.. bukan semestinya Android 18.

12. Vegeta vs Majin Buu (3 Episod)

Antara pertarungan paling menyedihkan dalam siri Dragon Ball Z. Vegeta menunjukkan sifatnya yang tidak pernah ditunjukkan dalam mana-mana episod Dragon Ball, Dia memeluk anaknya, Trunk sebelum menyerang dan meletupkan diri dengan harapan, Majin Buu akan turut mati. Malangnya, Majin Buu selamat, manakala Vegeta terbunuh.

11. Piccolo, Krilin, Gohan vs Garlic Jr.(3 Episod)

Pertarungan diantara Piccolo, Krillin, Gohan menentang Garlic Jr. ini berlangsung pada siri anime Dragon Ball Z Kai Musim ke empat

10. Goku Vs Majin Vegeta (4 Episod)

Pertarungan yang paling dinantikan oleh peminat Dragon Ball Z, pertarungan diantara Goku dan Vegeta. Vegeta yang dirasuk oleh Majin Buu telah menghancurkan stadium dimana pertandingan Martial Art sedang berlansung. Goku terpaksa berundur sehingga ke kawasan gurun untuk mengelakkan lebih banyak kemusnahan. Dipenghujung perlawanan, Vegeta yang berjaya membebaskan diri dari sumpahan Majin Buu telah menyingkirkan Goku untuk menewaskan Majin Buu bersendirian.

9. Vegeta vs Cell (4 Episod)

Pada waktu ini, Cell walapun belum mencapai badan yang sempurna telah mula melakukan kemusnahan dan yakin dapat menewaskan Super Saiyan dan rakan-rakannya. Tetapi sikap bongkaknya hampir memakan diri apabila Vegeta yang telah bersedia untuk berhadapan dengan Cell dan baru keluar dari Hyperbolic Time Chambe hampir menewaskan makhluk jahat ini. Tetapi Cell berjaya mempergunakan kelemahan Vegeta, iaitu sifat bongkak yang ada pada Saiyan tersebut. Cell meminta Vegeta untuk berhenti bertarung supaya dia dapat mencapai badannya yang sempurnan dan bertarung kembali. Sudah tentulah Vegeta melepaskan Cell dan Cell berjaya mencapai badannya yang sempurna iaitu Perfect Cell

8. Goku Vs Cell (4 Episod)

Antara pencabar terhebat Goku selepas menewaskan Frieza. Cell yang mencabar pahlawan bumi dalam permainan ala Martial Art Tournament yang digelar Cell Game telah menerima perlawanan pembukaan yang begitu sengit dari Goku. Sudah tentu Goku menyerah kalah dan menyerahkan tugas menewaskan Cell kepada anaknya, Gohan

7. Vegito Vs Super Buu (4 Episod)

Dalam episod ini, Vegeta mengenepikan sifat riaknya untuk bergabung dengan rakan 'Saiyan'nya, Goku dalam usaha menewaskan Super Buu. Ini satu-satunya gabungan Goku dan Vegeta sehinggalah mereka bergabung kembali dalam siri Dragon Ball Super

6. Piccolo, Tein, Krillin, Gohan, Chaotzu Vs Nappa (5 Episod)

Antara perlawanan klasik dalam siri Dragon Ball. Seperti Raditz, keyakinan yang terlampau tinggi dan bergantung kepada alat pengukur kuasa hampir menyebabkan Nappa ditewaskan. Berpeluh juga pahlawan Saiyan itu menentang pahlawan-pahlawan Bumi

5. Goku, Gohan, Krillin, Yajirobe VS Vegeta (6 Episod)

Goku telah berkerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh semata-mata mahu menentang pahlawan Saiyan ini. Bagaimanapun, dia masih memerlukan bantuan rakan-rakannya dan anaknya bagi menewaskn Vegeta. Antara babak paling kelakar ialah keberanian pahlawan penakut Yajirobe memotong ekor Vegeta telah menyebabkan Vegeta bertukar kembali ke bentuk biasa dari seekor monyet gergasi. Walaupun Goku berjaya melepaskan "Kame Kame Ha" nya terhadap Vegeta, akhirnya yang menewaskan Vegeta adalah Gohan yang bertukar menjadi Great Ape

4. Goku, Vegeta, Majin Buu vs Kid Buu (8 Episod)

Perlawanan terakhir dalam Buu Saga dan keseluruhan siri Dragon Ball Z. Goku dan Vegeta bergabung tenaga untuk menentang Kid Buu. Majin Buu yang berjaya membebaskan diri dari cengkaman Kid Buu turut membantu menentang Kid Buu di Planet Kai. Dalam Episod ini, personaliti Vegeta yang berbeza telah ditunjukan apabila mengorbankan dirinya untuk mengalih perhatian supaya Goku dapat mengumpul tenaga Spirit Bomb dan memusnahkan Kid Buu

3. Z-Fighter VS Frieza (10 Episod)

Perlawanan yang sangat mendebarkan diantara Z-Fighter menentang Frieza dan kuncu-kuncunya. Gohan dan Krillin hampir menewaskan Frieza sehinggalah Freiza terpaksa mengubah dirinya ketahap kedua dan membelasah mereka kembali. Mujur Piccollo yang bergabung badan dengan pahlawan Nemekian yang lain datang dan dapat bertempur dengan Frieza. Apabila Frieza menukar badannya ke tahap ketiga, Piccolo tidak mampu menewaskannya. Gohan terpaksa berhadapan dengan Frieza sendirian, manakala Vegeta tidak mampu untuk menewaskan bekas ketuanya itu, adakala menyerang adakalanya melarikan diri. Frieza antara musuh paling menakutkan yang pernah dihadapi oleh Z-Fighter.

2. Gohan VS Cell (11 Episod)

Ramai pahlawan Z terkejut apabila Goku mengumumkan nama Gohan untuk memasuki gelangang Cell Game dan bertarung dengan penjahat tersebut. Ramai yang tidak yakin dengan kemampuan anak Goku yang masih kecil itu, tetapi Goku menegaskan kuasa Gohan sudah melebihi tahapnya dan mampu untuk menewaskan Cell. Ya, Gohan mampu dan dia berjaya menewaskan penjahat tersebut dan sekaligus menyelamatkan Bumi.

  1. Goku VS Frieza (20 Episod)

Pertarungan paling epik dalam siri Dragon Ball Z dan ianya berlaku di Planet Namek. Frieza akhirnya bertemu dengan seteru yang paling menakutkannya, iaitu Super Saiyan. Transformasi Goku menjadi Super Saiyan berlaku selepas Frieza membunuh kawan baiknya iaitu Krillin. Goku yang begitu marah telah melepaskan satu tenaga yang cukup kuat sehingga dia berjaya menukar dirinya menjadi Super Saiyan, sekaligus dapat  menewaskan Frieza.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks