Official Trailer

Pertarungan Diantara Dua Seteru Dalam TV Spot Terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker

Views

Lucasfilm dan Walt Disney Pictures telah melancarkan TV Spot terbaru filem Star Wars: The Rise of Skywalker yang memaparkan rakaman terbaru termasukan pertarungan epik diantara Kylo Ren dan Rey. Anda boleh saksikan tv spot tersebut dipemain video dibawah.

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Diarahkan oleh J. J. Abrams dan Abrams juga menulis skrip bersama-sama Chris Terrio, Star Wars: The Rise of Skywalker dijangka akan menemui penonton pada 20 Disember 2019

BACA:  Saksikan Filem Romantik Dilan 1991 Di Pawagam Malaysia Julai Ini

Tinggalkan Balasan

shares