Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Pertarungan Berdarah Dalam Trailer ‘R-rated’ “Mortal Kombat”!

Apa yang dinantikan sudah tiba! Studio Warner Bros. akhirnya melancarkan trailer rasmi filem terbitan James Wan yang juga adapatasi permainan video “Mortal Kombat“.

Trailer tersebut memaparkan pandangan pertama karakter popular dari permainan video Mortal Kombat dan aksi-aksi ganas yang bakal disaksikan penonton dalam filem akan datang. 

Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah. 

Mortal Kombat telah diberi penarafan ‘R’ / 18 tahun dan keatas kerana memaparkan adegan-adegan ganas, dan penggunaan bahasa kesat yang tidak sesuai untuk penonton dibawah umur.

Barisan pelakon terdiri daripada Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub Zero, Mehcad Brooks sebagai Jax, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano serta Lewis Tan.

James Wan dan syarikat penerbitannya, Atomic Monster menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins bertindak selaku penerbit eksekutif, manakala Simon McQuoid sebagai pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Mortal Kombatpertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1995, yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson. Filem sekuel berjudul Mortal Kombat: Annihilation menyusul dua tahun kemudian, tetapi disebabkan kritikan teruk yang diterimapembikinan filem ketiga dibatalkan oleh pihak studio.

Filem terbaru Warner Bros. ini akan ditayangkan secara serentak dipawagam dan perkhidmatan HBO Max pada 16 April, 2021.

Related posts

Sam & Bucky Hanya Sekadar ‘Rakan Sekerja Dalam TV Spot Terbaru “The Falcon and The Winter Soldier”

Kakimuvee

Teaser Terbaru “Joseon Exorcist” Papar Konflik Yang Begitu Tegang

Zulaikha

Navillera: Song Kang Makes A Perfect Transformation Into A Ballerino With Big Dreams

Zulaikha

Donnie Yen Kembali Beraksi Dalam Filem “Raging Fire”

MyK

Siri Anime Netflix “The Way of the Househusband” Akan Disiarkan April Ini

Kakimuvee

Melissa McCarthy & Octavia Spencer Beraksi Dan Berkomedi Dalam Trailer “Thunder Force”

Kakimuvee