Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Asia

Pernah Tonton “Hope”? Perogol Dalam Filem Tersebut Telah Dibebaskan

Peminat filem Korea mesti pernah menonton filem Hope, sebuah filem yang berdasarkan dari kisah benar dimana seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dirogol, diseksa sehingga rosak organ dalaman dan dipukul separuh mati oleh seorang perogol.

Hari ini, perogol tersebut telah dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 12 tahun. 

Doo-soon ditahan pada 2008 dan kemudiannya disabitkan dengan jenayah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun. Dia yang kini sudah berusia 68 tahun, telah dibebaskan pada dua hari yang lalu.

Pembebasannya bagaimanapun mencetuskan kemarahan penunjuk perasaan dan ancaman bunuh, sekali gus menyebabkan kehadiran lebih ramai polis untuk mengawal di luar rumah pemangsa seks itu.

Apa jenis negara ini, melindungi perogol?” laung penunjuk perasaan kepada Doo-soon yang dibawa keluar menaiki van kelabu milik kerajaan dengan perlindungan rapi pihak polis.

Kemarahan orang ramai mula membuak-buak dalam beberapa bulan lalu, ketika tarikh pembebasan Doo-soon semakin hampir.

Yang pernah menonton filem Hope pasti kecewa dan marah bila mendengar perogol tersebut dibebaskan dari hukuman penjara. Apa boleh buat, Mahkamah Korea Selatan sudah sekian lama dituduh kerana memberi kelonggaran terhadap proses keadilan kepada penjenayah golongan kolar putih dan pesalah seks 

Tidak hairan jika masyarakat Korea bertindak sedemikian, memprotes dan mengancam bunuh, kerana mereka tahu, mahkamah Korea gagal menjatuhkan hukum setimpal kepada pesalah seksual.

Related posts

Seo Ye Ji Keluar Dari Drama Terbaru OCN

Zulaikha

Natalie Portman Bintangi Filem Terbitan HBO “The Days of Abandonment”

Kakimuvee

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee

5 REASONS WHY NEW SERIES LAW SCHOOL WILL MEET YOUR EXPECTATIONS

Zulaikha

Rating “River Where The Moon Rises” Sedikit Meningkat

Zulaikha

HBO ANNOUNCES THE IRON ANNIVERSARY TO COMMEMORATE THE 10TH ANNIVERSARY OF GAME OF THRONES

Zulaikha