Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Pernah Popular Selepas Membintangi Filem “Jerry Maguire”, Aktor Jonathan Lipnicki Dedah Sebab Dia Berhenti Berlakon Suatu Ketika Dahulu

Jonathan Lipnicki adalah salah seorang pelakon kanak-kanak yang paling dikenali pada penghujung 1990-an dan awal 2000-an, terima kasih kerana peranannya dalam filem seperti Jerry Maguire dan Stuart Little.

Tetapi, apabila memasuki 2010-an, dia secara tiba-tiba hilang dari industri perfileman tanpa sebarang sebab yang diketahui. Kini, pelakon itu mendedahkan sebab dia menyepi dari dunia perfileman selepas 2010-an.Ā 

Dalam temubual dengan /Film (via Variety) Lipnicki mendedahkan bahawa sebab dia berhenti berlakon bukan kerana memberi tumpuan pada pelajarannya di sekolah menengah, tetapi kerana “dia bukanlah seorang pelakon yang sangat bagus” pada masa itu.Ā 

Peralihan terbesar bagi saya ialah… saya tidak mendapat tawaran [berlakon] untuk masa yang lama,” kata Lipnicki.

Orang ramai sentiasa menyangka bahawa, ‘saya pergi ke sekolah menengah,’ dan lain-lain lagi. Dan itulah kisah yang kadang-kadang orang ceritakan apabila mereka tidak lagi berlakon. Atau jika mereka seorang pelakon kanak-kanak atau apa sahaja, mereka berehat. Saya memang berehat, dalam erti kata lain, ia bukan satu-satunya keutamaan yang saya ada. Tetapi saya tidak berlakon kerana ianya tidak menjadi. Saya tidak mendapat sebarang peranan untuk beberapa ketika.”

Dia kemudian menjelaskan bahawa faktor kenapa dia tidak mendapat peranan adalah mutu lakonannya – sesuatu yang dia cuba kaitkan dengan peralihan daripada kanak-kanak kepada menjadi dewasa, dan lebih gementar, dan cuba menjadi seperti pelakon yang dikaguminya.Ā 

“Saya bercakap jujur. Saya bukan seorang pelakon yang sangat baik pada ketika itu,”Ā kata Lipnicki.Ā 

“Pekara yang hebat tentang menjadi seorang kanak-kanak adalah terdapat keajaiban yang wujud kanak-kanak. Sebab itulah, anda melihat ramai kanak-kanak yang berbakat. Semakin dewasa, anda menjadi semakin gugup.. Jadi bagi saya, saya beralih dari melakukan semua pekara secara semula jadi kepada cuba menjadi seperti pelakon kegemaran saya.”

Lipnicki berkata bahawa dia akhirnya pergi pergi mendaftar kelas lakonan selepas sekolah menengah, serta mengambil peranan teater sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menjadi pelakon yang lebih baik – termasuk bekerja sambil belajar semasa penggambaranĀ The Leiutenant of Inishmore,Ā dimana dia banyak belajar dari Chris Pine.

Dia kini kembali meneruskan kariernya sebagai pelakon, dan pada Ogos yang lalu, Lipnicki diumumkan menyertai filem seram indie Camp Lake PleasantĀ yang diterbitkan oleh Safier Entertainment. Filem tersebut turut dibintangi Robert Lasardo (The Human Centipede 3,Ā Autopsy), Kelly Reiter (Deadlock,Ā The Amityville Uprising), James Di Giacomo (Stowaway), Michael Pare, Bonnie Aarons, Devanny Pinn dan Mike Ferguson.

Sumber: comicbook

Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

Leave a Comment