Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Permulaan Kisah Romantik Kim Soo Hyun & Seo Ye Ji Dalam Gambar Terbaru “It’s Okay To Not Be Okay”


Drama tvN It’s Okay To Not Be Okay telah melancarkan gambar-gambar terbaru yang menampilkan pelakon utama Kim Soo Hyun dan Seo Ye Ji. Anda boleh saksikannya dibawah.

Dalam gambar baru, Go Moon Young membuat penampilan mengejut sebagai pengajar literatur di hospital psikiatri tempat Moon Kang Tae bekerja. Hospital berkenaan terletak di kampung halaman Moon Kang Tae dan Go Moon Young, tempat yang menyimpan kenangan trauma bagi mereka berdua.

Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) bekerja sebagai pengasuh di wad psikiatri. Gang-tae dikurniakan segalanya termasuk badan yang hebat, kecerdasan, kemampuan untuk bersimpati dengan orang lain, kesabaran, kemampuan untuk bertindak balas dengan cepat, dan banyak lagi.

Dia menjaga abangnya, Sang-tae (Oh Jung-se), yang berusia lapan tahun lebih tua daripadanya dan menghidapi spektrum autisme.

Dia dengan baik menjaga saudaranya, Sang-tae (Oh Jung-se), yang berusia lapan tahun lebih tua daripadanya dan berada di spektrum autisme. Nasib membawa Gang-tae bertemu wanita istimewa. Wanita itu, Ko Mun-yeong (Seo Yea-ji), adalah pengarang buku kanak-kanak yang popular, tetapi dia sangat mementingkan diri sendiri, sombong, dan kasar.


It’s Okay To Not Be Okay memaparkan percintaan luar biasa diantara dua individu yang akhirnya saling menyembuhkan luka emosi dan psikologi yang dihadapi mereka.

Diarahkan Park Shin-woo dengan lakonlayar ditulis oleh Jo Yong, drama 16 episod ini boleh ditonton di Netflix setiap Sabtu dan Ahad.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee