
Sony dan Microsoft telah mengumumkan permainan percuma Januari 2021 yang akan tersedia untuk pelanggan PlayStation Plus dan Xbox Live Gold dan Xbox Game Pass Ultimate.
Ahli PlayStation Plus akan menerima dua permainan video PlayStation 4 iaitu permainan aksi-penggembaraan Shadow of the Tomb Raider dan permainan aksi-RPG Greedfall. Kedua-dua permainan ini akan tersedia pada hari Selasa, 5 Januari.
Pada hari yang sama, pemilik PlayStation 5 dengan keahlian PlayStation Plus berpeluang untuk memainkan permainan RPG Maneater secara percuma. Kesemua permainan akan tersedia sehingga Isnin, 1 Februari. Pemilik PS4 / PS5 boleh melanggan keahlian PlayStation Plus disini.
Sementara itu, pemilik Xbox One dan Xbox Series X | S boleh mendapatkan permainan Litte Nightmares secara percuma bermula 1 Januari sehingga 31 Januari. Turut diberikan secara percuma adalah permainan Dead Rising, dari 16 Januari hingga 15 Februari, The Kong of Figthers XIII dari 1 Januari hingga 15 Januari dan permainan aksi Breakdown dari 16 Januari hingga 31 Januari.
Ahli Xbox Live Gold akan mempunyai akses eksklusif ke permainan ini untuk masa yang terhad sebagai sebahagian daripada “Games with Gold”. Anda juga dapat bergabung dengan Xbox Game Pass Ultimate yang merangkumi pelbagai kelebihan hebat dan akses ke lebih dari 100 permainan berkualiti tinggi dengan Xbox Game Pass. Anda boleh melanggan Xbox Live Gold melalui pautan ini.