Siri TV

Permainan Video BROTHERS IN ARMS Akan Diadaptasikan Menjadi Siri Televisyen

Views

Pembangun permainan video Gearbox Software mendedahkan bahawa francais permainan video Brothers in Arms akan diadaptasi menjadi siri televisyen, lapor The Hollywood Reporter.

Siri ini, yang diilhamkan dari peristiwa sebenar sewaktu Perang Dunia II akan diketuai Scott Rosenbaum (Queen of the South) sebagai showrunner. Musim pertama akan memberi fokus kepada latihan Exercise Tiger yang berakhir dengan tragedi dimana mengisahkan 8 anggota tentera yang perlu menyelamatkan kolonel mereka yang ditawan pasukan tentera Nazi sebelum pihak musuh mengentahui rancangan D-Day.

The story we ended up using has never been dramatized on TV,”

Almost 800 U.S. servicemen were killed and it had to be covered up because the Allies were preparing for the real Normandy invasion. What I liked and hadn’t seen before, is we explore German soldiers and civilians and those in high command on both sides. We meet all these real people and see the effect and the big puzzle.

BACA:  Viu Dan HBO Asia Bakal Menayangkan The Bridge Musim Kedua Bermula 15 Jun 2020

Rosenbaum akan turut bertindak selaku penerbit eksekutif bersama-sama pengasas Gearbox, Randy Pitchford, manakala Jean-Julien Baronnet (Assassin’s Creed), Richard Whelan (Fast and Furious Presents Hobbs and Shaw) dan Sean Haran akan bertindak selaku penerbit.

Francais permainan video ini bermula pada tahun 2005 menerusi Brothers in Arms: Road to Hill 30 yang mengisahkan sepasukan anggota tentera payung terjun yang menjalankan misi D-Day dibelakang garisan musuh. Misi mereka berdasarkan dari peristiwa sebenar iaitu Mission Albany yang dijalankan oleh 502nd Parachute Infantry Regiment. Permainan video ini berjaya di platform PlayStation 2, Xbox dan permainan komputer, dan sebanyak 7 sekuel telah dihasilkan.

Setakat ini produksi masih belum dijalankan, dan pihak penerbit sedang mencari pengarah yang sesuai dan mencari rakan penyiar.

Tinggalkan Balasan

shares