Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Permainan Baru Sudah Bermula Dalam Trailer “Spiral: From the Book of Saw”

Lionsgate telah melancarkan trailer rasmi Spiral: From the Book of Saw, yang mengoda permulaan kepada permainan baharu. 

Trailer itu, yang anda boleh lihat dibawah, memaparkan rujukan lebih lanjut mengenai kedudukan filem ini dalam siri filem Saw, menyebut kematian John Kramer aka Jigsaw dalam filem-filem sebelumnya, serta menunjukkan foto Jigsaw serta menggoda sebilangan watak utama yang berhadapan dengan bahaya besar dalam permainan baru yang menakutkan.

Trailer rasmi:

Spiral: From the Book of Saw ditulis oleh Chris Rock, yang turut bergandingan dengan Samuel L. Jackson. Rock memainkan peranan sebagai seorang detektif polis yang menyiasat siri kes jenayah yang pelik. Jackson memainkan peranan sebagai ayahnya. Mereka turut disertai Max Minghella sebagai Willaim Schenk, rakan sekerja Rock dan Mariso Nichols sebagai Capt. Angie Garza, ketua kepada karakter Rock.

Filem ke-9 dalam francais Saw ini akan menawarkan kepada peminat di seluruh dunia tahap baru yang semakin meningkat dengan perangkap yang licik, petunjuk pintar dan ketegangan berlebihan, yang mereka harapkan dari salah satu francais seram yang paling menakutkan di dunia.

Diterbitkan penerbit SawMark Burg dan Oren Koules, filem ini diarahkan oleh Darren Lynn Bousman, yang pernah mengarahkan tiga filem terdahulu. Lakon layar ditulis oleh Pete Goldfinger dan Josh Stolberg berdasarkan cerita yang dicipta oleh Rock. Pencipta francais SawJames Wan dan Leigh Whannell berfungsi sebagai penerbit eksekutif.

if( aicp_can_see_ads() ) {
/* */ /div> }

Related posts

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Netflix Umum Tajuk Adaptasi Korea Money Heist, Tonton Teaser Pertama Disini

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Moon Knight” Papar Pandangan Terbaru Oscar Isaac

Kakimuvee