Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

Perlumbaan Mendebarkan Diantara Will Smith & Will Smith Dalam Klip Terbaru “Gemini Man”

Paramount Pictures telah melancarkan klip terbaru filem Gemini Man yang menyaksikan aksi kejar mengejar yang penuh mendebarkan diantaran Henry Brogen (Will Smith) dan Junior (Will Smith). Anda boleh saksikan klip filem tersebut dipemain video dibawah.

Gemini Man mengisahkan tentang Henry Brogen, seorang pembunuh upahan yang sudah tua dan ingin bersara dari kerjayanya. Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila dia terpaksa berdepan dengan klon dirinya lebih muda, iaitu Junior yang boleh membaca setiap pergerakannya. Brogen kini perlu membongkar kebenaran disebalik penciptaan Junior dan masa yang sama, menyelamatkan dirinya yang masih muda itu dari mengikuti jejak langkahnya yang kelam.


Cerita dan skrip ditulis oleh David Benioff, Billy Ray, serta Darren Lemke, manakala penerbit terdiri daripada Jerry Bruckheimer, David Ellison, Dana Goldberg dan Don Granger.

Turut membintangi filem ini adalah Mary Elizabeth Winstead, Clive Owen, Benedict Wong, dan Linda Emond. Gemini Man akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 3 Oktober ini.

Related posts

[VIDEO] Daredevil Melompat Ke Dalam Aksi Dalam TV Spot Terbaru SHE-HULK: ATTORNEY AT LAW

Kakimuvee

Mark Hamill Sebagai Mervyn Pumpkinhead Dalam Klip Terbaru THE SANDMAN

Kakimuvee

Remake Forest Gump: Lihat Bagaimana Filem Hindi ‘Laal Singh Chaddha’ Dibandingkan Dengan Filem Asal Tom Hanks.

Kakimuvee

[VIDEO] “Tantari” Filem Aksi Pendek Tempatan Yang Mengambil ‘Vibe’ “Enam Jahanam”

Kakimuvee

Klip Resident Evil Papar Albert Wesker Cuba Lindungi Anaknya

Kakimuvee

Amazon Studios Dedah Teaser Terbaru “The Lord of the Rings: The Rings of Power”

Kakimuvee

Leave a Comment