Perkembangan Terbaru Filem X-Force, MI:6, Godzilla vs Kong dan Banyak Lagi.

519
views

Banyak perkembangan terbaru filem telah dikeluarkan pada hari ini. Beberapa filem telah menyelesaikan sesi penggambaran dan terdapat beberapa filem dijangka akan memulakan penggambaran mereka tidak lama lagi. Mari kita lihat perkembangan terbaru beberapa filem yang bakal ‘hit’ nanti.

Filem X-Force merupakan salah satu filem X-Men yang sedang dirancang oleh Fox Studio. Menampilkan Cable, Deadpool dan beberapa mutant lain, X-Force merupakan pasukan ‘black ops’ mutant yang mirip seperti X-Men, tetapi lebih kejam dan ganas. Menurut laporan terbaru dari  Production Weekly, pembikinan filem tersebut dijangka akan dimulakan pada Oktober ini dan Josh Brolin serta Ryan Reynolds disahkan menyertai filem arahan Drew Goddard ini.

Selain itu terdapat juga khabar angin mengenai tarikh pembikinan sebuah lagi filem adaptasi komik iaitu Flashpoint. Menurut sumber dari Movieweb.com, filem Warner Bros. dan DC itu dikatakan bakal memulakan penggambaran mereka diantara Jun hingga Disember tahun ini. Selain itu juga, watak villain filem tersebut juga bakal didedahkan dalam masa terdekat. Ezra Miller dan Rey Fisher (Cyborg) akan membintangi filem ini manakala Billy Crudup akan membawakan watak Henry Allen.

Berita di bahagian MonsterVerse pula menyaksikan, filem keempatnya, Godzilla vs. Kong sedang bersedia untuk melakukan penggambaran mereka pada bulan Oktober ini. Penggambaran filem tersebut akan bermula pada 1 Oktober dan akan berakhir apda bulan Februari 2019. Filem ketiga MonsterVerse, Godzilla: King of the Monsters kini sedang dalam proses post produksi dan akan ditayangkan pada 22 Mac 2019 manakala Godzilla vs. Kong yang diarahkan oleh Adam Wingar pula akan menemui penonton pada 22 May 2020. 

Sementara itu, pengarah filem Mission: Impossible – FalloutChristopher McQuarrie telah mengumumkan pengambaran filem arahannya itu sudahpun selesai dan kini memasuki fasa post produksi. Dibintangi oleh Tom Cruise, Rebecca Ferguson, Henry Cavill, Simon Pegg dan ramai lagi, filem aksi ini bakal menemui penonton pada 27 Julai 2018

Sebuah lagi filem yang selesai penggambarannya adalah filem seram terbitan Blumhouse Production iaitu Halloween. Filem terbaru ini dianggap sekuel kepada filem asal yang ditayangkan pada 1978 dan berlatarbelakangkan 40 tahun selepas kejadian dalam filem pertama. Pengarahnya, David Gordon Green telah memuatnaik status dilaman Twitter yang memaklumkan penggambaran filem itu telah selesai, dan kita boleh nantikan trailer pertama yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Halloween bakal menemui penonton pada 19 Oktober 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here