Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Perkembangan Terbaru Filem Sherlock Holmes 3

Walaupun dikatakan sibuk dengan pengambaran filem Avengers: Infinity Wars yang akan berjalan pada Februari ini, Robert Downey Jr. tetap fokus dengan filem terbaru Sherlock Holmes 3 yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Perkembangan terbaru mengenai filem ini, pihak produksi Warner Bros. dan Village Roadshow telah memilih beberapa penulis skrip terbaik antaranya Nicole Perlman yang menulis untuk filem Guardians of the Galaxy, Gary Whitta yang turut terlibat dalam menulis storyline filem Rogue One. Antara penulis-penulis lain yang terlibat dalam pembikinan jalan cerita untuk sekuel ini ialah Justin Malen  (Baywatch), Robertson-Dworet (Tomb Rider) dan penulis skrip Snowden, Kieran Fitrzgerald.

Dua filem Sherlock Holmes telah mengumpul kutipan tiket sebanyak $500 juta dari seluruh dunia, dan penghasilan filem ketiga sangat penting bagi studio produksi untuk terus menjana pendapatan mereka, namun jadual pada pelakon utama, Robert Downey Jr. dengan komitmennya sebagai Tony Stark dalam filem-filem MCU (Marvel Cinematic Universe) telah merencatkan jadual penerbitan filem ini.

Antara nama-nama yang masih kekal dalam filem Sherlock Holmes 3 sudah semestinya sidekick Holmes iaitu Jude Law yang membawa watak Dr. Watson manakala pengarah dua filem terdahulu, Guy Ritchie dikhabarkan akan kembali mengarahkan filem ini.

Dalam filem terdahulu, kita melihat bagaimana Sherlock Holmes mengorbankan dirinya dengan terjun dari Reichenbach Falls bersama-sama Professor James Moriarty, namun di penghujung filem, Sherlock sebenarnya masih hidup dan meninggalkan klu kepada rakannya, Dr. Watson untuk memberitahu yang dia tidak mati.

Setakat ini, tiada aktor lain yang dikhabarkan akan terlibat dalam filem ini cuma khabar angin mengatakan Rachel McAdam akan kembali membawa watak sebagai Irene Adler.

Sherlock Holmes 3 masih tidak mempunyai tarikh tayangan yang tepat, setakat ini maklumat yang diterima, ianya akan ditayangkan pada tahun 2018. Teruskan bersama kakimuvee.net untuk mengentahui mengenai kemaskini filem Sherlock Holmes 3

 

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment