Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Perkembangan Terbaru Filem Gambit

Kali terakhir kita melihat aksi Gambit dalam siri franchise X-Men adalah dalam filem X-Men Origins: Wolverine, kemudian selepas itu perancangan filem solonya dikatakan begitu bermasalah dan kucar kacir.

Bermula dengan pengunduran pengarah filem Rise of the Planet of the Apes, Rupert Wyatt, kemudian pengarah hebat yang juga pengganti untuk pengarah sebelum ini, Doug Liman (pengarah filem Live Die Repeat: Edge of Tomorrow) pula mengambil keputusan meninggalkan projek tersebut pada Ogos yang lalu.


Liman memberitahu, skrip menjadi punca dia meninggalkan projek filem Superhero terbabit

“I never formed a connection…Many of these movies, I don’t have the connection on day one, but I find the connection. I just never find it. I don’t always find a connection. I want to make a movie that, if anybody else made it, it would be different.”

Namun baru-baru ini, producer FOX, Hutch Parker memberikan sedikit harapan mengenai perkembangan filem Gambit. Beliau memberikan berita tersebut semasa ditemubual oleh laman web Screenrant.

Beliau ditanya samada filem Gambit akan diteruskan selepas FOX mengumumkan tiga filem terbaru mereka iaitu New Mutants, Dark Phoenix dan Deadpool. Ini jawapan yang diberikan oleh producer terbabit.

It is. It is. I don’t have any news on that but there’s still a desire and a passionate interest to see that movie made. – Hutch Parker

Jadi ini bermakna, filem Gambit masih dalam plan FOX, cuma mereka masih belum memutuskan bila ia akan memulakan pengambarannya dan ditayangkan.

Buat masa ini, pelakon Channing Tatum dikatakan akan membawakan watak popular siri kartun X-Men itu. Diharap, filem Gambit dapat dihasilkan memandangkan ia merupakan salah satu karakter popular dalam siri X-Men

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment