Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Perjalanan Terakhir “Juvana 3” – Johan As’ari

str2_ayjuvana2_johan_angelin-770x470

Pelakon popular Johan As’ari berkata selepas lebih lima tahun membawa watak Botak dalam francais “Juvana”, ia sudah sampai ke pengakhirannya menerusi filem terbaru “Juvana 3: Perhitungan Terakhir”.

Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari berkata, dalam filem ketiga ini dia akan menyaksikan kematangan watak Botak berikutan kesemua mereka sudah meningkat dewasa.

“Untuk filem ketiga ini turut akan memaparkan sisi berbeza watak Daim yang naif berubah 360 darjah dan semuanya ini ada sebab atau mengapa dia berubah. Apa-apa pun, kena tonton dahulu, tetapi apa yang pasti ia adalah pengakhir yang ‘happy ending’,” katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana “Juvana 3: Perhitungan Terakhir” di mmCineplex eCurve, baru-baru ini.

Pada masa sama, Johan juga akui berasa sedikit sebak kerana naskhah berkenaan sudah sampai ke penghujungnya yang mana ia akan menjadi memori terbaiknya sepanjang bergelar pelakon.

juvana-3-perhitungan-terakhir

Selain Johan, filem arahan Faisal Ishak ini turut menampilkan barisan pelakon asal termasuk Zahiril Adzim, Adam Shahz dan Hasnul Rahmat serta beberapa pelakon lain seperti Nad Zainal, Pekin Ibrahim, Shera Aiyob dan ramai lagi.

Dalam pada itu, ditanya samada dia akan kekal dengan francais “Juvana” sekiranya pengarah mahu tampil dengan naskhah terbaru, Johan berkata mungkin naskhah terbaru tersebut tidak membabitkan pelakon asal kerana watak mereka semuanya sudah dewasa dan tidak relevan lagi untuk pegang watak juvana.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Johan berkata buat masa ini dia masih mempunyai tiga filem lagi yang masih menunggu tayangan iaitu “Kanang Anak Langkau: The Iban Warriors” yang dijadualkan ditayangkan pada bulan Mac tahun hadapan, “Bopeng” bergandingan dengan Nabil Ahmad pada bulan November ini, dan “7ujuh” pada Oktober ini.

Sumber: www.cinema.com.my

Related posts

“THE BEATLES: GET BACK” To Debut Exclusively On Disney+ Hotstar

Isqandar

HBO MAX’S FEATURE FILM NO SUDDEN MOVE PREMIERES JULY 1 EXCLUSIVELY ON HBO GO

Kakimuvee

Bintang ‘Mortal Kombat’, Hiroyuki Sanada Sertai ‘John Wick 4’

Kakimuvee

Snake Eyes: Paramount Lancar Video Teaser Setiap Karakter

Kakimuvee

Amazon Prime Video Lancar Trailer Terakhir “The Tomorrow War”

Kakimuvee

James Gunn Sahkan Durasi The Suicide Squad

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating