Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Pergi Ke Bulan Pada Krismas Ini dengan THE SILENT SEA, Dibintangi Gong Yoo & Bae Doona


Netflix telah mengesahkan bahawa siri thriller sci-fi The Silent Sea akan dilancarkan pada 24 Disember ini. Selain itu juga, poster penggoda yang baharu turut didedahkan kepada umum. Berlatarkan tahun 2075 apabila kehabisan sumber semula jadi telah memusnahkan Bumi, Siri Netflix ini menceritakan kisah pasukan elit yang dihantar dalam misi khas ke pangkalan penyelidikan terbengkalai di bulan.

The Silent Sea adalah sebuah siri yang berdasarkan filem pendek dengan nama yang sama dari pengarah Choi Hang-yong. Filem tersebut telah menerima banyak pujian di Festival Filem Pendek Mise-en-scène ke-13 pada tahun 2014.

Turut menyertai pasukan kreatif kisah penerokaan yang menarik ini ialah pelakon Jung Woo-sung, yang menjadi penerbit untuk siri ini, serta penulis Park Eun-kyo, yang menerima anugerah Lakon Layar Terbaik di Anugerah Pengkritik Filem Korea untuk siri Mother dan di Anugerah Blue Dragon untuk Crush and Blush.

Bintang-bintang besar — ​​terdiri daripada Bae Doona, Gong Yoo, Lee Joon dan banyak lagi — memainkan peranan sebagai ahli pasukan elit yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelesaikan misi khas itu. Dengan sinergi dan ketegangan yang hebat yang mereka cipta, siri thriller sci-fi The Silent Sea bersedia untuk menjadi kemuncak utama bagi filem dan siri Korea pada tahun 2021.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee