Perbezaan idea kreatif diantara Hulu dan Marvel Television telah menyebabkan rancangan Ghost Rider terpaksa dibatalkan. Ghost Rider sepatutnya akan disiarkan di laman web TV Hulu tahun hadapan selepas membuat beberapa penampilan dalam siri Agents of S.H.I.E.L.D..
Sementara itu, pelakon yang memainkan peranan Ghost Rider, Gabriel Luna telah berkongsi perasaan sedihnya di laman sosial sebaik sahaja mengentahui projek Ghost Rider dibatalkan
https://www.instagram.com/p/B24oWuGglcI/?utm_source=ig_web_copy_link
Perkembangan terbaru ini bagaimanapun tidak menjejaskan kerjasama diantara Hulu dan Marvel Televisyen. Marvel’s Runaways akan memulakan tayangan musim ketiga pada Disember tahun ini, dan kedua-dua pihak akan membangunkan beberapa siri animasi iaitu M.O.D.O.K., Hit-Monkey, Tigra & Dazzler Show, Howard the Duck, dan The Offenders