Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Perbalahan Disney – Sony Tamatkan Penglibatan Marvel Studios & Kevin Feige Dalam Francais “Spider-Man”


Berita kurang enak buat peminat-peminat Marvel Cinematic Universe (MCU). Kegagalan Disney dan Sony Pictures dalam mencapai kata sepakat mengenai pembiayaan filemĀ Spider-ManĀ akan datang telah menyebabkan penglibatan Marvel Studios dan Kevin Feige dalam filem Spider-Man berakhir.

Menurut sumber yang mendedahkan kepada laman Deadline, perbalahan mengenai pekara tersebut telah berlaku sejak beberapa bulan lepas, dan kemuncaknya bermula apabila filemĀ Avengers: Endgame berjaya mencantas kedudukan Avatar dan Spider-Man: Far From HomeĀ menjadi filem paling laris dalam sejarah studio Sony Pictures.

Banyak pekara yang berlaku diantara Disney dan Sony Pictures, tetapi semuanya berpunca disebabkan wang, dan mudah untuk difahami kenapa kedua-dua pihak enggan mengalah.

Disney telah meminta pembiayaan 50/50 diantara kedua-dua studio untuk filem Spider-ManĀ akan datang, dan terdapat perbincangan bahawa ia mungkin dapat diperluaskan kepada filem-filem lain dalam “universe” Spider-Man. Bagaimanapun, pihak Sony yang diketuai oleh Tom Rothman dan Tony Vinciquerra memberi cadangan lain, tetapi Disney tidak mahu menurutinya.

Secara mudahnya, Sony tidak mahu berkongsi francais Spider-Man seperti yang diminta oleh Disney, manakala Disney pula berkira-kira mengenai risiko kewangan yang bakal dihadapinya jika membiayai separuh daripada modal pembikinan filem. Jadi kerjasama baru perlu diputuskan yang mana kedua-dua pihak gagal ini untuk mencapai kata sepakat. Pihak Disney juga tidak berminat untuk meneruskan kerjasama sekarang dimana Marvel Studios hanya menerima 5% dari keuntungan filem.


Marvel kini sudah memegang hak keseluruhan merchandise Spider-Man, tetapi dengan meminta separuh dari dunia sinematik Spider-Man, ianya telah dianggap melangkaui batas memandangkan Sony juga kini sedang membangunkan dunia Marvel mereka sendiri.

Menurut sumber lagi, tanpa Feige, Sony mampu bergerak sendiri. Mereka boleh meneruskan ‘template’ yang ada dalam filem Spider-Man dengan menggunakan nama-nama yang sedia ada seperti Tom Holland, Jon Watts serta penerbit Amy Pascal, yang menjadi popular selepas bersama-sama Feige menaikkan semula jenama Spider-man. Selain itu juga, Tom Rothman banyak membantu ketika ‘memperbetulkan’ masalah yang ada pada filemĀ VenomĀ sebelum ia ditayangkan, dan keupayaan Rothman menandakan, Sony tidak bergantung harap kepada Marvel Studios dan Kevin Feige.

Setakat ini tiada pengumuman rasmi yang dibuat oleh kedua-dua studio. Peminat berharap ianya dapat diselesaikan demi peminat yang tidak mahu Spider-Man keluar dari dunia sinematik Marvel yang cukup besar ini. Walaupun Marvel Studios telah memiliki banyak karakter Marvel selepas Fox dibeli oleh Disney, kewujudan karakter Spider-Man sangat penting kerana ia adalah karakter besar dalam canon Marvel. Tanpa Spider-Man dunia sinematik MCU kehilangan salah satu daya penariknya.

Apapun kita lihat bagaimana Disney dan Sony mengenepikan perbezaan mereka dalam mencampai kata sepakat mengenai masa depan Spider-Man dalam dunia MCU.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Ɓlvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee