Berita

Perang Bidaan Hak Streaming South Park Mencecah Hampir $500 Juta Dolar

Views

Sejak penampilan sulungnya pada tahun 1997, animasi South Park telah dipuji kerana humornya gelap dan satira untuk menyangkut-paut dengan isu-isu topikal.

Dengan rancangannya yang masih popular dikalangan penonton, pencipta Trey Parker, Matt Stone serta syarikat Viacom Inc. dijangka akan berkongsikan sejumlah wang yang besar, iaitu diantara $450 juta hingga $500 juta sebaik sahaja animasi South Park dijual kepada syarikat streaming.

Sehinggakini, separuh dozen syarikat laman streaming dilaporkan berebut untuk memasukkan South Park di platform streaming mereka. Antaranya adalah Peacock dan HBO Max, yang kini dalam usaha membesarkan senarai rancangan mereka sebelum dilancarkan pada tahun hadapan.

Netflix dilaporkan terpaksa menarik diri dari perang bidaan manakala Apple Inc. tidak mahu terlibat kerana South Park memaparkan isu-isu kontroversi. Rancangan tersebut kini sedang mensasarkan Parti Komunis China dan Apple tidak mahu dikaitkan dengan bahan yang boleh merosakkan jenamanya di China.

Setakat ini tidak diketahui syarikat mana yang berpotensi untuk mendapatkan hak siaran South Park, dijangkakan keputusan bidaan mungkin dapat diketahui dalam secepat mungkin.

BACA:  Tomb Raider Reboot: Maklumat Lanjut Mengenai Filem Ini

Sumber: Toonado.com

shares