Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Perancangan Filem Lethal Weapon 5 Dibatalkan

Selepas mendedahkan tentang filem kelima Lethal Weapon bakal dihasilkan, kini pengarah Richard Donner terpaksa menerima hakikat, filem Lethal Weapon 5 terpaksa dibatalkan.

Sebelum ini pelakon asalnya, Mel Gibson dan Danny Glover bersama-sama Richard Donner dilaporkan telah berbincang untuk menghasilkan filem ‘buddy cop’ popular itu. Bagaimanapun projek filem berkenaan tergendala begitu lama dan Donner terpaksa mendedahkan bahawa perancangan filem berkenaan terpaksa dibatalkan.

Menurut Donner lagi semasa ditemubual dalam rancangan podcast Maltin On Movies, rundingan untuk membikin filem terakhir yang berjudul Lethal Finale itu telah gagal dan masalah dibelakang tabir menambah lagi sebab mereka terpaksa membatalkan pembikinan filem tersebut.

“I’m ready to do 5. It’s called Lethal Finale. It’s very dark. And we were all set to go and now Warner Bros. is doing their old-fashioned tricks. Not Warner Bros., there’s this guy who runs the studio who’s great but they have these people in the legal department who do the negotiating in the most counter-productive way. They should be sent to a studio and work with the producers and directors and actors, and learn what makes a film, and then negotiate. But it’s just embarrassing.”

Filem Lethal Weapon diperkenalkan pada tahun 1987 sebelum sekuelnya dihasilkan pada 1989. Kedua-dua filem berkenaan diminati oleh para peminat filem, bagaimanapun filem ketiga dan keempat yang diterbitkan pada tahun 1992 dan 1998 tidak begitu digemari dan dikritik serta dianggap toxic dalam franchise filem Lethal Weapon.

Kepada peminat Mel Gibson dan Danny Glover, apa pendapat anda meilhat pembatalan filem kelima Lethal Weapon ini?

Sumber: Slashfilm.com

Related posts

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash & Batman Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

Leave a Comment