Official Trailer

Peperangannya Semakin Hampir Dalam TV-Spot Rambo: Last Blood

Views

Lionsgate telah melancarkan tv spot terbaru filem Rambo: Last Blood, filem terbaru yang menampilkan karakter filem aksi paling ikonik, Rambo. Anda boleh saksikan tv-spot tersebut dipemain video dibawah.

Babak kali ini menyaksikan Rambo lakonan Sylvester Stallone, tertekan dengan memori lampaunya, tinggal keseorangan disebuah rumah usang yang terletak di Arizona dan perlu meneruskan hidup dikala usia yang semakin tua.

Bagaimanapun, dia menerima berita yang kurang menyenangkan dimana cucu perempuannya telah hilang di Mexico. Dalam usaha mencari, Rambo mendapati cucunya telah diculik oleh penjenayah. Dengan mengunakan kudrat dan skill yang ada, Rambo sekali lagi keseeorangan menumpaskan mereka dan menyelamatkan cucunya.

Rambo: Last Blood diarahkan oleh Adrian Grunberg, manakala skrip turut ditulis oleh Matt Cirulnick. Turut membintangi filem ini adalah Adriana Barraza, Paz Vega, Yvette Monreal, Sergio Peris-Mencheta, Oscar Jaenada, dan Joaquín Cosío

Filem kelima dalam Rambo saga ini dijangka akan menemui penonton pada 19 September 2019

BACA:  Tonton Aksi Berani Mati Tom Cruise Dalam Trailer Filem Mission: Impossible - Fallout

Tinggalkan Balasan

shares