Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis WandaVision, Megan McDonnell Akan Menulis Skrip Untuk Filem CAPTAIN MARVEL 2


Marvel Studios telah memulakan perancangan Captain Marvel 2 apabila memberi tanggungjawab kepada penulis WandaVision, Megan McDonnell untuk menulis skrip filem sekuel akan datang. Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, pengarah Anna Boden dan Ryan Fleck tidak akan kembali mengarahkan filem kedua itu nanti, sebaliknya akan terlibat dalam siri Marvel Disney+.

Pihak studio juga dikatakan sedang mencari pengarah wanita untuk mengarahkan filem Captain Marvel 2.

Siri WandaVision akan mempunyai kaitan dengan Captain Marvel kerana ia akan menampilkan karakter Monica Rambeau lakonan Teyonah Parris. Dalam filem Captain Marvel yang ditayangkan pada tahun lalu, karakter tersebut dilakonkan oleh pelakon kanak-kanak, Akira Akbar.

Dengan pemilihan Megan McDonnell sebagai penulis skrip Captain Marvel 2, berkemungkinan besar peminat dapat melihat penyatuan semula Monica dan Carol Danvers.

Meskipun terdapat kontroversi yang melibatkan pelakon utamanya iaitu Brie Larson, filem arahan Anna Boden dan Ryan Fleck masih mampu untuk meraih $1.128 juta dolar seluruh dunia. Filem superhero wanita pertama Marvel itu memaparkan kisah origin Carol Danvers sebagai Captain Marvel yang terpaksa berhadapan dengan pahlawan Kree dalam usaha menyelamatkan mangsa perang Skrull-Kree dan menghalang musuhnya dari mendapatkan Tesseract.


Setakat ini tarikh tayangan Captain Marvel 2 masih lagi tidak diketahui.


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee