Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Penulis The Witcher Sertai Barisan Kreatif MOON KNIGHT!


Susulan kejayaan musim pertama The Witcher, penulis Beau DeMayo telah menandatangani satu lagi projek besar siri televisyen, kali ini bersama Marvel Studios. DeMayo telah dipilih untuk menyertai barisan kreatif siri MCU Disney+, Moon Knight. 

Berita berkenaan didedahkan selepas dua hari Netflix mengumumkan perancangan filem anime The Witcher berjudul The Witcher: Nightmare of the Wolf yang mana turut diterbitkan oleh DeMayo.

Siri Moon Knight akan menjadi siri yang dinanti-nantikan selepas pencipta The Umbrella Academy, Jeremy Slater dipilih untuk mengetuai barisan kreatif siri terbaru Disney+ itu.

Pengumuman Moon Knight dibuat pada Expo D34 tahun lalu, berserta dua lagi siri televisyen iaitu She-Hulk dan Ms. Marvel. 

Karakter Moon Knight dicipta Doug Moench dan Don Perlin pada tahun 1975 menerusi komik “Werewolf by Night” #32. Moon Knight adalah alter ego Marc Spector, seorang peninju dan bekas askar Marine Amerika Syarikat. Spector juga mengunakan nama samaran Jake Lockley, pemandu teksi dan jutawan playboy bernama Steven Grant dalam usahanya membanteras jenayah.


Abiliti Spector sebelum ini bergantung pada kitaran bulan dimana ia memabntu meningkatkan kekuatan, kepantasan dan ketahanan. Bagaimanapun, yang terbaru karakternya hampir mirip seperti karakter komik DC, Batman dimana dia bergantung pada teknologi dan kepakarannya dalam seni mempertahankan diri serta kemahirannya sebagai detektif.


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee