Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Tawar Wang Kepada Wartawan Yang Bertanyakan Soalan Mengenai Hubungan US-Wakanda Kepada Trump


President US, Donald Trump kembali membuat kontroversi apabila mengelarkan beberapa negara Afrika sebagai ‘Shitholes’ semasa mesyuarat bersama ahli kongres dalam memperbaharui polisi imigresen.

Kenyataan beliau kecoh dilaman Twitter sehinggalah beberapa pengguna laman sosial berkenaan mula melibatkan negara pemerintahan T’Challa, Wakanda dalam kontroversi tersebut.

Seorang pengguna Twitter, Sara Benincasa (@SaraJBenincasa) yang juga merupakan seorang penulis menggunakan laman mikroblogging tersebut untuk menawarkan sejumlah wang kepada pihak wartawan bertanyakan soalan kepada Donald Trump mengenai hubungan diplomatik diantara US dan Wakanda.

https://twitter.com/SaraJBenincasa/status/952208167525498880

Malah pengguna Alex Zalben juga turut membuat jenaka dengan menambah jumlah hadiah apabila memberi soalan mengenai The Winter Soldier yang sedang berselindung di negara Wakanda selepas insiden filem Captain America:The Civil War.


Negara Wakanda sebenarnya sebuah negara fiksyen yang wujud dalam komik dan filem Marvel dan merupakan negara yang diperintah oleh T’Challa ataupun dengan nama lainnya, Black Panther, salah seorang superhero Marvel yang bakal muncul dalam filem solonya sendiri pada Februari ini.

Tujuan mereka dilaman Twitter adalah sengaja mahu mempermainkan Donald Trump dan ingin melihat sama President US tersebut tahu sama ada negara Wakanda itu wujud ataupun tidak.

Trump seringkali membuat kontroversi dengan kenyataan-kenyataan panasnya dan sering ‘cakap lepas’ tanpa memikirkan akibat yang akan berlaku. Malah kenyataanya mengenai isu nuklear Korea Utara baru-baru mengundang jenaka dikalangan pengguna media sosial


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee