Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Skrip Filem Frozen 2 Akan Terlibat Dalam Projek Filem Minecraft


Perancangan filem Minecraft kini kembali berjalan apabila laman web The Hollywood Reporter melaporkan, penulis skrip filem Frozen 2, Allison Schroeder ditugas untuk menulis skrip filem adaptasi permainan video itu.

Sejak mendapatkan hakcipta permainan video ini 5 tahun yang lepas, studio Warner Bros telahpun merancang pembikinan Minecraft.

Bagaimanapun, ia berhadapan dengan beberapa masalah selepas beberapa pengarah dan penulis skrip meninggalkan projek tersebut. Selain itu juga, pelakon Steve Carell turut dikaitkan dengan filem ini, tetapi tiada pemilihan pelakon dilakukan pihak studio.

Minecraft diadaptasikan dari permainan video ciptaan Markus “Notch” Persson. Permainan tersebut menggalakkan pemain untuk membina dunia mereka sendiri dengan munggunakan blok. Permainan ini pertama kali diperkenalkan pada 2009 dan mula menjadi hit dikalangan pemain.

Minecraft dijangka akan ditayangkan pada 4 Mac 2022.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Filem Aksi Langsung Minecraft Lakonan Jason Momoa Kini Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd