Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Skrip Dedahkan Captain Marvel Bergenre Aksi Komedi

Semasa ditemubual oleh wartawan Entertainment Weekly report, penulis filem Captain Marvel, Geneva Robertson-Dworet mendedahkan filem Marvel pertama yang menampilkan karakter heroin sebagai watak utama itu akan lebih kepada sebuah filem bergenrekan aksi komedi. Menurutnya lagi, karakter Carol Danvers dalam filem tersebut akan mirip seperti karakter komiknya, seorang yang “sassy” dan bijak.

“Sassy,… a smartass, (and) won’t take sh– from anyone.” – Robertson-Dworet

Selain itu juga, pengalamannya menulis untuk filem Tomb Raider lakonan Alicia Vikander telah memberikannya inspirasi untuk membentuk perwatakan Captain Marvel.

“Captain Marvel has a very funny voice, and it’s more of an action comedy, more like what we were talking about doing in the first draft I wrote for Tomb Raider…. [but] that tone survived in Captain Marvel.

“I love funny female characters, so as Tomb Raider got more serious, I got even more committed to the idea of Captain Marvel being hilarious.”

Setakat ini, tiada maklumat terbaru mengeni plot filem Captain Marvel, bagaimanapun ia akan berlatarbelakangkan zaman 90an dan diawal kemunculan Carol Danvers sebagai Captain Marvel.

Selain Brie Larson yang akan membawakan watak utama, filem ini turut dibintangi oleh Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury sewaktu muda, Jude Law yang akan membawakan watak Mar-Vell,  DeWanda Wise, Ben Mendelsohn dan yang terbaru Gemma Chan yang akan membawakan watak Minn-Erva, villain dalam filem Captain Marvel.

Diarahkan oleh Anna Boden dan Ryan Fleck, Captain Marvel yang kini sedang dalam penggambaran bakal menemui penonton pada 8 Mac 2019

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee