Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Skrip Bumblebee Dipilih Untuk Menulis Skrip Filem Batgirl


Perancangan untuk menghasilkan filem solo Batgirl kembali diteruskan selepas dua bulan pengunduran Joss Whedon dari menjadi pengarah dan penulis filem superheroin tersebut. Menurut laman web Comingsoon.net yang memetik berita dari Hollywood Reporter, penulis filem Bumblebee Christina Hodson telah diberi tanggungjawab untuk menulis pengembaraan Barbara Gordon filem Batgirl akan datang.

Christina Hodson sebelum ini pernah terlibat dalam beberapa projek filem antaranya Shut In dan Unforgettable.

Sebelum ini, pengarah Avengers: Age of Ultron Josh Whedon diberi tanggungjawab untuk menghasilkan filem Batgirl sebelum beliau membuat keputusan berundur dari terlibat dalam projek tersebut. Pengunduran pengarah tersebut telah menyebabkan status filem itu menjadi tanda tanya sama ada diteruskan oleh Warner Bros. ataupun tidak.

Setakat ini tiada penerbit dan pelakon yang dikaitkan dalam filem ini. Walaupun beberapa aktres menyatakan minat untuk membawakan watak Barbara Gordon aka Batgirl, pihak studio Warner Bros. masih belum membuat keputusan siapakan pelakon yang layak untuk bawakan watak tersebut.

Sumber: Comingsoon.net



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee