
Persatuan Penulis Amerika (Writers Guild of America – WGA) telah melakukan piket sejak Mei yang lalu, dan kini, industri perfileman dan televisyen Hollywood diburukkan lagi dengan mogok Persatuan Pelakon Skrin (SAG-AFTRA) yang bermula hari ini.Ā
Antara sebab mereka melakukan piket adalah mahu mendesak pihak studio penerbitan agar menilai semula bayaran yang diterima mereka pada era penstriman ini.Ā
Salah seorang penulis She-Hulk: Attorney at Law, Cody Ziglar tampil memberi pendedahan tentang salah satu sebab kenapa WGA melancarkan piket sejak beberapa bulan yang lalu.Ā
Ziglar, yang menulis episod yang menampilkan kemunculanĀ Daredevil, mendedahkan bahawa dia hanya menerima bayaran bersih sebanyak AS$396 untuk hasil kerjanya di salah satu rancangan Marvel itu.Ā
Dia juga memberi komen pada kenyataan bos Disney, Bob Iger melalui pautan Variety. Untuk info, Bob Iger menerima gaji sehingga AS$50 juta setahun untuk tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Disney.
Anda boleh lihat komen Cody Ziglar dibawah:
This was one of the most watched episodes of television, of one of the most watched television series on Disney +. Even made multiple "best episodes of 2022" lists.
— Cody Ziglar (updates mostly) (@yayforzig) May 10, 2023
My residual check was $396. This is why weāre striking. #wgastrike #WritersStrike https://t.co/tJbLEpqgSC
The residual check from my episode of She-Hulk: Attorney at Law was $396. https://t.co/TcS6WO1MjL
— Cody Ziglar (updates mostly) (@yayforzig) July 13, 2023
Ā