Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Sahkan ‘Reference’ Namor Dalam Filem AVENGERS: ENDGAME

Antara babak menarik dalam filem Avengers: Endgame adalah perbualan diantara Black Widow dan Okoye mengenai gempa bumi yang berlaku dalam lautan. Dalam babak tersebut, Black Widow telah meminta Okoye untuk menyiasat kejadian tersebut, tetapi ditolak Okoye dengan berkata ‘biarkan sahaja’.

Dialog yang diungkapkan Okoye itu telah mencetuskan teori peminat dimana ia merujuk kepada Namor, antihero Marvel yang berasal dari kota lautan Atlantis.

Kini, teori peminat mungkin benar!

Ketika sesi soal jawab bersama peminat yang berlangsung baru-baru ini, penulis Avengers: Endgame, Christopher Markus dan Stephen McFeely seolah-olah mengesahkan bahawa, dialog yang diucapkan Okoye sebenarnya merujuk kepada Namor.

Kedua-dua mereka memberi respon “kadang-kadang, anda menanam benih. Kadang-kadang, ianya tumbuh” ketika menjawab pertanyaan peminat mengenai babak tersebut.

Dalam versi komik, Wakanda dan Atlantis pernah berperang, dan tidak mustahil versi sinematik menunjukan kedua-dua negara itu masih lagi menjadi seteru sehingga mendorong Okoye menolak permintaan Black Widow untuk menyiasat kejadian gempa bumi di lautan atlantik.

Apapun, kita nantikan kemunculan pertama Namor dalam MCU!

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment