Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis “Mortal Kombat” Dedah Karakter Cole Young Adalah Penambahan Watak Yang Dimahukan Studio

Mortal Kombat telah melakukan tugas yang hebat untuk menyesuaikan sebahagian besar pahlawan klasik dari permainan video asal, tetapi penambahan watak baru, iaitu Cole Young (lakonan Lewis Tan) telah membuatkan peminat tertanya-tanya. 

Diperkenalkan sebagai proantagonis utama yang baru, Young adalah pahlawan MMA yang bergabung dengan Sonya, Jax, dan Liu Kang untuk memerangi pasukan Shang Tsung. Kenapa perlu wujudkan watak Cole Young? kenapa tidak guna sahaja watak Johnny Cage? penulis Mortal Kombat Greg Russo ada jawapan.

Semasa wawancara dengan Inverse, penulis skrip Greg Russo mendedahkan bahawa penambahan Cole adalah “sesuatu yang dikehendaki oleh studio.”

Protagonis baru adalah idea yang sedia ada sebelum penglibatan saya,” Russo mengakui. “Saya mewarisi skrip pada tahun 2016, dan telah memiliki protagonis baru di dalamnya, tetapi tidak mempunyai kaitan dengan mitologi Mortal Kombat. Saya fikir, jika kita akan melakukannya, saya ingin memastikan kita melakukannya dengan betul dan watak ini sesuai dengan mitologi secara organik.”

Spoiler!

Seperti yang peminat tahu, Cole Young merupakan keturunan Hanzo Hasashi, dan mungkin akan bergelar sebagai Scorpio yang baru di masa akan datang. Selain itu juga, filem sekuel nanti bakal memperkenalkan watak popular Johnny Cage, sepertimana yang didedahkan semasa penghujung filem Mortal Kombat. 

Mortal Kombat dibintangi Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub Zero, Mehcad Brooks sebagai Jax, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano serta Lewis Tan. Anda boleh ulasan Mortal Kombat disini.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment