Penulis Mahu Membawa Francais Fast & Furious Beraksi Di Angkasa!

1938
views

Bila diingat kembali filem pertama The Fast and the Furious yang diterbitkan pada 2001, pasti ramai peminat menganggap filem pertama francais Fast & Furious itu antara filem aksi perlumbaan terbaik yang pernah dihasilkan.

Kemudian, muncul pula filem ketiga berjudul The Fast and the Furious: Tokyo Drift yang memaparkan aksi perlumbaan drift yang ketika menjadi kegilaan peminat-peminat kereta. Namun, sebaik sahaja ejen Luke Hobbs (Dwayne Johnson) membuat penampilan pertama dalam filem Fast Five, segala-gala semakin menjadi ‘haru’. Kereta terjun dari kapal terbang, aksi kapal terbang berlepas yang tiada kesudahan sehinggalah menghentikan tropedo menggunakan tangan, francais Fast & Furious segera menjadi bahan ‘troll’ oleh peminat-peminat.

Sehinggakini, francais The Fast and the Furious memiliki 10 buah filem (termasuklah filem spin off Hobbs and Shaw dan filem akan datang, Fast and Furious 9). Peminat sudah melihat pelbagai aksi luar kotak dan luar minda logik sejak filem pertama lagi, dan kini mereka mahu melihat aksi yang lebih mencabar, iaitu di angkasa lepas!

Bagi penulis Chris Morgan, dia tidak menolak idea untuk melakukan misi diangkasa lepas dalam filem akan datang,atau apa-apa idea sekalipun, asalkan ia mencapai parameter.

“I would never shoot down space. Never, never. I would literally never shoot down anything, as long as it hits the parameters: ‘Is it badass? is it awesome? Will the audience love it? And will it not break faith with the audience as they’re watching it?’ I’m down for whatever.”

Chris Morgan merupakan penulis skrip tetap francais, pernah menulis skrip untuk Tokyo Drift, Fast Five, Fast & Furious, Fast & Furious 6, Furious 7 dan The Fate of the Furious. Beliau juga turut menulis skrip untuk filem Hobbs and Shaw dan filem akan datang Fast and Furious 9. 

 Fast and Furious 9 kini sedang menjalani penggambaran manakala filem Hobbs and Shaw akan memulakan tayangannya pada minggu ini.

Kepada peminat-peminat francais The Fast and the Furious, adakah anda mahu melihat keluarga Toretto beraksi di angkasa lepas? kongsikan pendapat anda.

Sumber: Movieweb

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here