Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Mahu Bawa Keanu Reeves Sertai Francais Fast & Furious


Cepat atau lambat, kita berkemungkinan berpeluang melihat Keanu Reeves beraksi disamping Vin Diesel dan Dwayne “The Rock” Johnson dalam francais filem Fast & Furious tidak lama lagi.

Sebelum ini, Johnson pernah mendedahkan bahawa Keanu Reeves hampir mendapat peranan dalam filem spin-off Hobbs & Show, tetapi peluang itu tidak berhasil. Bagaimanapun, bagi penulis skrip Chris Morgan, dia masih berharap dapat membawa aktor kegemaran ramai itu ke menyertai francais Fast & Furious.

Dalam temubual terbaru bersama wartawan baru-baru ini, Morgan mendedahkan bahawa dia telah bertemu dengan Keanu Reeves untuk membincangkan potensi penglibatannya dalam siri Fast & Furious, dan mereka kini sedang menantikan idea yang sesuai untuk karakter yang akan dibawakan oleh Reeves berserta jadual yang sesuai.

“I sat down with him and we’re talking about. I wanted him to be in the Fast universe for a very long time. We’re just trying to find… the hardest thing is always time and competing schedules and then designing the right thing together. My fervent desire is to bring him into this franchise for sure.”

Tarikh pertemuan diantara kedua-dua pihak tidak dinyatakan, tetapi sejak filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum ditayangkan kepada umum, Keanu Reeves semakin ‘panas’ di Hollywood sehinggakan dia kini menjadi rebutan dikalangan pihak studio dan pembikin filem.


Jadi kepada para peminat Keanu Reeves dan francais Fast & Furious, adakah anda mahu melihat aktor kesayangan anda ini ‘berlumba’ bersama Torretto dan Hobbs di permukaan bulan? kongsikan pendapat anda.

Sumber: Screenrant.com


Related posts

Pengarah ‘Platoon’ Oliver Stone Menganggap ‘John Wick 4’ Sebagai Menjijikkan.

Kakimuvee

Vin Diesel Umum Tarikh Tayangan ‘Fast X Part 2’, Puji Lakonan Jason Momoa

Kakimuvee

Vin Diesel Bengang Dengan Lakonan ‘Berlebihan’ Jason Momoa Dalam ‘Fast X’

Kakimuvee

[VIDEO] Dwayne Johnson Tamatkan Pertelingkahannya Dengan Vin Diesel

Kakimuvee

Lionsgate Sedang Membangunkan Filem Kelima John Wick & Tiga Filem Spin Off

Kakimuvee

Spin-Off & Filem Wanita ‘Fast & Furious’ Kini Sedang Dalam Pembangunan – Vin Diesel

Kakimuvee