Laman web Deadline melaporkan, studio Paramount Pictures secara rasmi telah memilih Mark L. Smith untuk menulis filem Star Trek terbaru yang bakal dihasilkan tidak lama lagi. Quentin Tarantino dilapokan akan mengarahkan filem terbaru Star Wars dengan bekas pengarahnya, J.J Abrams akan bertindak selaku penerbit bersama-sama Bad Robot Productions.
Sebelum ini, selain Mark L. Smith beberapa penulis telah disebut-sebut akan menulis untuk filem sains fiksyen popular ini, antaranya Lindsey Beer (Godzilla vs. Kong), Drew Pearce (Iron Man 3), dan Megan Amran (Parks and Recreation).
Siri Star Trek terbaru yang bakal diarahkan oleh pengarah Pulp Fiction ini dikatakan akan menjadi filem terakhir beliau sebelum bersara dari dunia perfileman Hollywood dan laporan sebelum ini menyebut, filem yang bakal dihasilkannya nanti akan dikelaskan sebagai “R-rated’ atau 18 keatas mengikut klasifikasi penapisan filem Malaysia. Kini beliau sedang dalam proses pre-produksi filem terbaru mengenai pembunuh Carles Manson.
Mark L. Smith terkenal menerusi filem-filem seperti The Revenant, Vacancy dan Overlord