Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Komik Marvel Cadangkan Keanu Reeves Berlakon Dalam Filem Shang-Chi


Sejak filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum ditayangkan kepada penonton, populariti pelakon utamanya, Keanu Reeves melonjak secara mendadak. Popularitinya itu membuatkan peminatnya tidak sabar untuk melihat pelakon kesayangan mereka beraksi dalam mana-mana filem Marvel Cinematic Universe.

Presiden Marvel Studios sebelum ini pernah mengesahkan bahawa pihak studio mempunyai perancangan untuk membawa masuk pelakon tersebut dalam dunia MCU, dan berita tersebut telah mengembirakan para peminat ‘John Wick’ yang rata-ratanya adalah peminat filem-filem Marvel.

Sehubungan itu, banyak spekulasi dan khabar angin mengenai penglibatan pelakon tersebut dalam MCU. Yang terbaru, penulis komik Marvel, Donny Cates telah mencadangkan agar pelakon tersebut berlakon dalam filem Shang-Chi dengan memainkan peranan utama sebagai Shang-Chi.

Donny Cates memberi cadangan tersebut melalui laman Twitter milik beliau (perkongsian tersebut telah dipadam olehnya).

“As someone who has spent four hours in a room with Keanu Reeves breaking story, (it’s quite a story), I can tell you that the role you want him to play is Shang-Chi. Trust me.”


Penulis tersebut tidak asing dalam dunia komik Marvel kerana beliau banyak terlibat dalam penulis siri-siri komik seperti Venom, Guardians of the Galaxy, Doctor Strange dan banyak lagi.

Filem Shang-Chi kini sedang dirancang Marvel Studios dan akan diarahkan pengarah berketurunan Asia, Destin Daniel Cretton. Setakat ini perkembangan filem tersebut masih belum diketahui dan beberapa pelakon berketurunan Asia telah dikaitkan dengan projek terbaru Marvel itu.

Jadi, kepada peminat-peminat Marvel, adakah anda rasa Keanu Reeves layak membawakan watak ‘Master of Kung Fu’ itu? kongsikan pendapat anda.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee