Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Komik Civil War Tidak Suka Dengan Filem Captain America 3?


civil-war

Semasa mengumumkan fasa ke-3 MCU dengan filem Captain America: Civil War menjadi filem pertama fasa tersebut, ramai peminat Marvel mula tertanya-tanya sejauh mana ketepatan filem tersebut dengan komik Captain America: Civil War yang ditulis oleh Mark Millar.

Kevin Feige dan pengarah filem Joe dan Anthony Russo sememangnya mengambil intipati dari komik tersebut semasa menghasilkan filem ini dimana menunjukan permusuhan diantara Captain America dan Iron Man yang berbalah mengenai undang-undang superhero yang mengkehendaki setiap Superhero mendedahkan identiti mereka.

Undang-undang tersebut sememangnya ditentang oleh Captain America kerana tidak mahu membahayakan nyawa superhero dan keluarga mereka.

Namun setelah ditayangkan kepada penonton, boleh dikatakan ramai peminat tidak berpuashati dengan filem berkenaan kerana spesifik event, plot dan karakter yang terlibat sangat berbeza dari dalam komik.

Walaupun dikritik, filem Captain America: Civil War tetap berjaya dan menjadi salah satu filem paling berjaya dalam sejarah MCU.


captain-america-civil-war-funnier-winter-soldier

Baru-baru ini, penulis komik menyenaraikan 10 filem pilihannya untuk tahun ini, jelas menunjukan filem yang berdasarkan dari komiknya tidak termasuk dalam senarai top 10 tersebut sedangkan Doctor Strange termasuk dalam senarainya. Malah meletakkan filem tersebut tidak menarik baginya.

ā€œCivil War had a good opening twenty mins, but then I honestly canā€™t remember what the movie was about. Itā€™s interesting the Russos have a background in comedy because itā€™s really missing in these otherwise well-made pictures and very, very missed. I really hope this bleakness doesnā€™t extend into their two Avengers pictures because what made that first Avengers work was the light as well as shade and Iā€™ll be sad if thatā€™s all lost like it was in this picture.ā€ – Komen Mike Millar terhadap Captain America: Civil War.

Pendapat penulis tersebut disokong ramai peminat yang menyifatkan filem tersebut menyimpang jauh dari plot komik. Selain itu juga, terdapat peminat yang bimbang filemĀ The Avengers: Infinity WarĀ turut mengalami nasib yang sama memandangkan ia diarahkan oleh pengarah yang sama dengan filemĀ Civil War.

Ramai peminat berharap filem-filem MCU akan datang kelihatan lebih menarik dan menepati apa yang ditulis dalam komik seperti yang dilakukan olehĀ Scott Derrickson dalam filemĀ Doctor Strange


Related posts

MCU Fasa 6 Akan Menampilkan ‘Kumpulan Avengers Yang Berbeza’

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Doctor Strange 2: Kenapa Avengers Tiada Dalam ‘Universe 838’?

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

“F**k This Guy” – Impresi Pertama Robert Downey Jr. Terhadap Chris Hemsworth

Kakimuvee