Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Filem John Wick Sertai Pasukan Kreatif Siri Falcon And The Winter Soldier

Pencipta dan penulis skrip trilogi John Wick, Derek Kolstad dilaporkan bakal menyertai pasukan kreatif siri televisyen Disney+, Falcon and the Winter Soldier. Menurut laporan dari The Wrap, Kolstad akan terlibat dalam penulisan skrip siri televisyen Marvel itu.

Setakat ini, plot dan sinopsis siri Falcon and the Winter Soldier masih lagi tidak diketahui. Anthony Mackie dan Sebastian Stan akan kembali membawakan watak mereka dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Sam Wilson a.k.a Falcon dan Bucky Barnes a.k.a Winter Soldier.


Mereka berdua akan disertai pelakon Daniel Bruhl dan Emily VanCamp yang akan meneruskan peranan mereka sebagai Helmut Zero dan Agent Sharon Carter.

Falcon and the Winter Soldier akan bersiaran selama 6 episod dan merupakan sebahagian dari dunia MCU. Dijangkakan siri televisyen ini akan mula bersiaran di Disney+ mulai Ogos tahun hadapan.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment