Berita

Penulis Filem ‘Jigsaw’ Bakal Hasilkan Sekuel Terbaru ‘Saw’

Views

Tiada tanda-tanda franchise filem Saw akan tamat apabila penulis filem Jigsaw, Pete Goldfinger dan Josh Stolberg dilaporkan akan menulis filem Saw seterusnya. Menurut laman web Bloody Disgusting, selain kedua-dua penulis itu kembali untuk hasilkan filem terbaru Saw, laman web itu juga turut menyebut pengarah filem Jigsaw, Michael dan Peter Spierig tidakn akan kembli mengarah filem terbaru ini nanti.

Filem-filem Saw menampilkan banyak twist dan naratif ‘timeline’ yang berbeza, jadi buat masa ini tidak diketahui bilakah garismasa filem terbaru itu akan dihasilkan.

Sejak mula dihasilkan oleh James Wan dan Leigh Whannell pada tahun 2004, filem yang menampilkan banyak aksi ganas, penderaan dan darah ini mula mencipta peminatnya tersendiri dan dihasilkan setiap tahun bermula tahun 2004 sehingga 2010. Namun peminat terpaksa menunggu sehingga 2017 untuk filem kelapan franchise Saw yang berjudul Jigsaw. 

Jigsaw hanyak mendapat 35% dari laman Rottentomatoes dan 5.9/10 dari laman web IMDb.

BACA:  Joker Cipta Rekod Kutipan Oktober, Catat $234 Juta Seluruh Dunia.

Tinggalkan Balasan

shares