Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Doctor Strange Dilaporkan Sertai Pembikinan Filem Justice League Dark

Pembikinan filem Justice League Dark yang tertangguh kini dimulakan kembali selepas Warner Bros. dilaporkan sedang mengumpul pasukan kreatifnya untuk menerbitkan filem terbabit. Sebelum ini, pembikinan filem berkenaan tergendala dengan beberapa pengarah menarik diri dari mengarahkan filem terbabit dan antara yang terbaru dilaporkan meninggalkan kerusi pengarahan adalah Doug Liman.

Kini, perkembangan terbaru dari studio berkenaan dikhabarkan mengambil penulis lakonlayar filem Marvel, Doctor Strange untuk menulis filem terbaru keluaran Warner Bros. itu. Penulis yang dimaksudkan ialah Jon Spaihts, yang terkenal dalam menghasilkan karya penulisan berunsur “space-thriller.

Jon Spaihts

Selain Doctor Strange, Jon Spaihts terlibat dalam pasukan kreatif untuk beberapa filem besar antaranya Prometheus, Passenger, dan The Mummy.

Tidak banyak perkembangan terkini mengenai filem ini dari Warner Bros. tetapi dikhabarkan Justice League Dark mungkin tidak akan berkait dengan DC Extended Universe. Apapun, kita tunggu perkembangan lanjut dari studio berkenaan mengenai filem ini sama ada mahu menggabungkan hero-hero dari dunia mistik dengan superhero DC ataupun tidak.

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment