Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Deadpool Sahkan Francais Akan Kekal ‘R-Rated’ Meskipun Berada Dalam MCU

Terdapat banyak spekulasi mengenai pendirian Disney terhadap francais Deadpool sama ada akan kekal sebagai sebuah filem ‘R-rated’ atau ‘diturunkan’ pangkat ke PG-13 sekiranya karakter tersebut menyertai Marvel Cinematic Universe.

CEO Disney, Bob Iger sebelum ini menjamin Deadpool akan kekal seperti biasa. Terbaru penulis skrip dua filem Deadpool, iaitu Paul Wenick senada dengan bos Disney itu apabila mengesahkan filem Deadpool akan datang masih kekal dengan klasifikasi sebagai ‘R-rated’.

Penulis tersebut menjelaskan kepada wartawan ketika mempromosikan filem terbaru Zombieland: Double Tap. 

“I think the party line and truth is we’re all still figuring it out,”

“Marvel has promised to continue to let us play in the R-rated Deadpool universe, and the hope is that they will also let us veer into the MCU a little bit as well and play in that sandbox.”

Jadi setakat ini, Deadpool masih kekal untuk tontonan orang dewasa, cuma bagaimana francaisnya akan menyesuaikan diri dengan MCU masih sukar untuk diperkatakan, mungkin akan berlaku ‘soft reboot’.

Dalam perkembangan lain, pelakon utamanya, Ryan Reynolds cuba untuk bermesyuarat dengan para eksekutif Marvel Studios, tetapi difahamkan dia telah di’teaser’ oleh seseorang ketika berada disana. Anda boleh lihat perkongsiannya dibawah.

https://www.instagram.com/p/B3nUjCoB4Ym/?utm_source=ig_web_copy_link

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment