Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Bohemian Rhapsody, Anthony McCarten Akan Menulis Skrip Filem Biopik Bee Gees


Bee Gees

Penulis skrip Bohemian Rhapsody, Anthony McCarten dilaporkan sedang dalam rundingan untuk menghasilkan skrip filem biopik Bee Gees, lapor laman The Wrap.

McCarten pernah tercalon dalam anugerah Oscar menerusi filem drama Perang Dunia Kedua Darkest Hour dan filem biopik Stephen Hawking, The Theory of Everything. Dia juga terlibat dalam filem akan datang berjudul Two Popes, dan penulis skrip untuk satu lagi projek filem yang berkisarkan tentang kehidupan John Lennon dan Yoko Ono.

Ditubuhkan oleh adik-beradik Maurice, Barry dan Robin Gibb pada tahun 1958, kumpulan itu mula menjadi popular di akhir 60-an hingga awal 70-an dengan peningkatan era disko. Antara lagu-lagu hit ciptaan dan nyanyian Bee Gees adalah “Stayin’ Alive,” “How Deep is Your Love,” “Night Fever,” “More Than a Woman,” “Jive Talkin’” dan “You Should Be Dancing.” Mereka telah menjual lebih dari 220 juta rekod di seluruh dunia dan dimasukkan ke dalam Rock & Roll Hall of Fame pada tahun 1997.

Selepas kematian Maurice pada tahun 2003, kumpulan itu memilih untuk mengundurkan nama Bee Gees selama enam tahun sebelum Barry dan Robin bersetuju untuk membentuk semula dan tampil bersama pada tahun 2009, yang mana telah memelihara legasi mereka selama beberapa tahun lagi, sehinggalah Robin meninggal pada tahun 2012 disebabkan kegagalan hati dan buah pinggang. Kini tinggal Barry sahaja yang masih menerusikan legasi Bee Gees.

Paramount Pictures – dengan bantuan Graham King – telah membeli hakcipta mengenai kehidupan keluarga Gibbs, bagi memastikan muzik kumpulan itu akan dipaparkan dalam filem itu. Elisabeth Murdoch, Stacey Snider dan Jane Featherstone akan menjadi penerbit dan pembiaya bersama dibawah syarikat penerbitan Sister.


Projek terbaru ini menjadi projek biopik artis kedua buat Paramount dan King, Paramount sebelum ini telah menerbitkan filem biopik mengenai Elton John berjudul Rocketman, manakala King telah menerbitkan filem biopik mengenai kumpulan Queen, Bohemiam Rhapsody yang menyaksikan filem tersebut berjaya mengutip lebih $1 billion dolar dan mengondol 5 anugerah Oscar termasuklah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Rami Malek.


Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee