Penulis Avengers: Endgame Sahkan Gamora 2014 Terselamat Dari Snap Iron Man

2404
views

Antara misteri dalam filem Avengers: Endgame yang sering menjadi tanda tanya peminat-peminat Marvel adalah nasib Gamora selepas petikan jari oleh Tony Stark / Iron Man. Dalam ‘third act’ filem Avengers: Endgame, Gamora versi 2014 telah menyertai ayahnya, Thanos untuk pergi ke masa hadapan bagi merampas ‘Infinity Stone’.

Bagaimanapun, dia mengkhianati ayahnya dan menyertai barisan adiwira Avengers dalam pertempuran epik diantara bala tentera Thanos dan Avengers. Ketika babak klimaks Avengers: Endgame, Tony telah menggunakan ‘Infinity Stone’ untuk melenyapkan Thanos dan kuncu-kuncunya. Namun persoalan mula timbul tentang nasib Gamora, adakah dia terselamat atau turut menjadi debu seperti ayahnya.

Ini memandangkan, sebaik sahaja pertempuran berakhir, Gamora langsung tidak kelihatan.  Kebanyakkan peminat berspekulasi bahawa Gamora turut menjadi debu bersama ayah.

Ketika bercakap semasa sesi panelis “Writing Avengers: Endgame” di San Diego Comic-Con, penulis skrip Christopher Markus dan Stephen McFeely mengesahkan bahawa Gamora terselamat dari ‘snap’ Tony Stark. Mereka turut menjelaskan lagi, Gamora telah melarikan diri dan menjangkakan, jalan cerita mengenai watak tersebut akan diteruskan dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 arahan James Gunn.

Gamora versi 2014 tidak mempunyai apa-apa ingatan mengenai ahli kumpulan Guardians of the Galaxy terutamanya Peter Quill, hubungan dengan adiknya, Nebula serta adiwira-adiwira Avengers yang lain. Jadi tidak mustahil, sebaik sahaja pertempuran berakhir, dia melarikan diri sama ada menyelinap dalam mana-mana kapal angkasa ataupun menerusi portal.

Jadi spekulasi mengenai nasib Gamora akhirnya terjawab dimana Gamora versi 2014 masih lagi hidup dan akan dicari oleh Peter Quill serta rakan-rakannya dalam filem akan datang. Apapun kita nantikan sahaja filem Guadians of the Galaxy Vol. 3 untuk melihat bagaimana Gamora versi 2014 menyesuaikan diri dengan ahli-ahli Guardians of the Galaxy.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here