Filem adwira, Deadpool sudah pasti merupakan antara filem yang dinanti-nantikan oleh penonton pada tahun ini.
Deadpool yang mula ditayangkan sejak semalam menjadi perbualan hangat di kalangan netizen di media sosial.
Mengisahkan bagaimana Wade Wilson (Ryan Reynolds), berubah dari seorang bekas tentera Special Forces yang telah menjadi askar upahan, kepada Deadpool, filem ini dikatakan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Filem ini secara rasmi diberi rating ‘R’ di Amerika Syarikat dan Eropah yang bermaksud penonton berusia 17 tahun ke bawah hanya boleh menonton dengan bimbingan ibu bapa.
Di Malaysia pula, Deadpool merupakan untuk tontonan penonton berusia 18 tahun ke atas.
Oleh itu, ia menjadi satu perdebatan yang hebat di media sosial.
Rata-rata netizen yang telah menonton filem itu berpendapat Deadpool tidak sesuai untuk tontonan penonton yang berusia 18 tahun ke bawah, terutamanya kanak-kanak.
Mereka juga menyarankan golongan ibu bapa untuk tidak membawa anak-anak mereka ke filem ini kerana mengandungi adegan yang ganas serta penggunaan perkataan yang tidak senonoh.
@1Obefiend Which will totally ruin it for the rest of us. #Deadpool is really not for kids. @TGVCinemas @GSCinemas
— Umapagan Ampikaipakan (@umapagan) February 9, 2016
#Deadpool movie was amazing! Not for kids! Perfectly captured the over-the-top violence and snarky "merc with a mouth"!
— Christian Psencik (@ProlificSuccess) February 12, 2016
Watching this a second time and I can confirm that #Deadpool isn't for kids x'D not even a little.
— Violet (@VioletPulse232) February 12, 2016
https://twitter.com/syafiqnawi/status/697679208982515712?ref_src=twsrc%5Etfw
Deadpool best nak mampus. Totally not suitable for kids.
— #BangsaAutomation (@fidonasir) February 9, 2016
Menurut mereka, walaupun filem ini merupakan antara filem adwira yang paling menarik tetapi ia masih tidak sesuai untuk tontonan umum.
Bagaimanapun, ada segelintir yang membantah pandangan tersebut, dengan berkata filem itu masih sesuai untuk tontonan umum ia hampir sama seperti filem adwira yang lain, sebagai contoh Terminator.
Menurut netizen, bukan semua adwira bersifat hero dan berakhlak mulia, malah realitinya ada yang bersifat ganas.
"I don't care what other people think is appropriate for kids, I'm still taking my 9 year old to Deadpool" Well, that should be fun.
— Mystery Bitch (@Desert_Bell) February 9, 2016
Deadpool diarahkan oleh Tim Miller dan lakon layar ditulis oleh Paul Wenick dan Rhett Reese.
Sudahkah anda meonton filem Deadpool? Jika ya, apakah pandangan anda? Adakah filem ini sesuai untuk tontonan berusia 18 tahun ke bawah? Kongsikan bersama kami.
sumber: Astro Awani
1 comment
yang penting, ada anak-anak, memang jangan bawa tengok deadpool ni. bahasa yang digunakan tak appropriate. dan jangan salah anggap movie ni sama dengan avengers tu..kalau avenger, memang untuk budak je..hehe