Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penonton Puji Aksi Evangeline Lilly Dalam Reaksi Awal Ant-Man & The Wasp

Selepas kejayaan filem Black Panther dan Avengers: Infinity War, Marvel Studios bakal menerima satu lagi kejayaan menerusi filem terbaru mereka yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu Ant-Man and The Wasp. 

Filem ketiga Marvel Studios itu telahpun menayangkan tayangan perdana mereka dan reaksi yang diterima dari para penonton rata-ratanya sangat positif. Kebanyakkan mereka memuji filem tersebut dengan menggambarkan filem tersebut sebagai unik, kelakar dan menghiburkan

Prestasi lakonan Evangeline Lilly juga telah dipuji oleh para penonton. Beliau yang membawakan watak Hope Van Dyne aka The Wasp telah berjaya mencuri perhatian mereka yang datang menyaksikan tayangan perdana filem Ant-Man and The Wasp itu. Selain itu juga, para penonton turut berkongsi reaksi ‘post credit’ filem tersebut dan mengatakan ianya antara babak yang paling menarik dalam sejarah MCU.

Agaknya apa yang ditunjukkan dalam babak ‘post credit’ itu ya? Apapun, Mari kita lihat reaksi para penonton yang hadir pada tayangan filem Ant-Man and The Wasp semalam.

Diarahkan oleh Peyton Reed, Ant-Man and The Wasp dibintangi oleh Paul Rudd, Evangeline Lilly, Bobby Cannavale, Michael Peña, Tip “T.I.” Harris, Judy Greer, David Dastmalchian, Michael Douglas, Michelle Pfeiffer, Laurence Fishburne, Hannah John-Kamen, Randall Park, serta Walton Goggins.

Related posts

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Hari Disney+ Hotstar Bakal Disambut pada 12 November Dengan Kandungan Baharu, Pengalaman Khas Untuk Peminat, Dan Lebih Lagi

Kakimuvee

Tv Spot Eternals Dedah Deviants Telah Berevolusi

Kakimuvee

Leave a Comment