Siri TVTrivia

PENNYWORTH, TRACKERS Antara Rancangan Menarik WarnerMedia Jun Ini (Astro, UnifiTV)

Views

KANG CHI, THE BEGINNING

Tayangan perdana dua episod setiap minggu bermula Isnin, 1 Jun pukul 7.50 malam di saluran Oh!K (Saluran Astro 394)

Ingin bertukar menjadi manusia sepenuhnya, Kang Chi, separa manusia dan separa raksasa, berusaha mencari  ‘buku lama’ yang mengandungi rahsia untuk menjadi manusia sepenuhnya. Dibintangi Lee Seung-Gi, Bae Suzy dan Yoo Yeon-Seok.

 TRACKERS

Tayangan perdana pada Sabtu, 6 Jun pukul 10 pagi secara eksklusif di saluran HBO GO dan 11 pagi di CINEMAX (Saluran Astro 412 HD)

Siri enam episod ini diangkat daripada karya penulis terlaris kelahiran Afrika Selatan Deon Meyer dan menggabungkan tiga cerita menjadi karya thriller yang penuh aksi. Siri ini merangkumkan setiap kawasan di Afrika Selatan, dan bertembung secara besar-besaran di Cape Town dalam satu konspirasi luar biasa melibatkan jenayah terancang, penyeludupan berlian, keselamatan negara, Black Rhinos, CIA dan komplot pengganas antarabangsa. Lakonan Rolanda Marais, James Gracie, Sandi Schultz, Thapelo Mokoena dan Trix Vivier.

THE HEAD

Tayangan perdana pada Jumaat, 12 Jun pukul 9 malam di saluran HBO GO dan HBO (Saluran Astro 411 HD)

Siri Original HBO Asia enam episod genre thriller ini menceritakan tentang survival kehidupan yang berlaku di stesen kutub antarabangsa Polaris VI yang terletak di Antartika ketika bulan-bulan panjang dan gelap kawasan tersebut diliputi oleh angin, musim sejuk dan hamparan ais yang melampau. Sekumpulan saintis terpilih dari pelbagai negara mengawasi penyelenggaraan pangkalan operasi pada malam kutub yang panjang. Tetapi semasa musim sejuk, stesen itu secara tiba-tiba berhenti berkomunikasi dengan dunia luar. Dengan dialog dalam bahasa Inggeris dan Denmark, siri yang penuh suspens itu dibintangi pelakon antarabangsa termasuk Tomohisa Yamashita.

BACA:  Saksikan Evolusi Sut Iron Man Dalam Video Terbaru Marvel

PERRY MASON

Tayangan perdana pada Isnin, 22 Jun pukul 9 pagi di saluran HBO GO dan HBO (Saluran Astro 411 HD)  

Berdasarkan kisah dan karakter karya tulisan Erle Stanley Gardner, drama bersiri Original HBO ini menyingkap asal usul peguam bela jenayah fiksyen Amerika yang menjadi bualan ramai bernama Perry Mason, berlaku sekitar 1932 di Los Angeles. Apabila satu kes besar dirungkainya, Mason merungkai kebenaran berkaitan kota yang sedang musnah dan mungkin, jalan menuju penebusan untuk dirinya sendiri. Dibintangi pemenang Emmy® Matthew Rhys, John Lithgow dan Tatiana Maslany. Diterbitkan bersama Robert Downey Jr.

 PENNYWORTH (SEASON 1)

 

Tayangan perdana pada Isnin, 29 Jun pukul 9 malam di Warner TV (Saluran Astro 712 HD / UnifiTV 451)  

Siri DC ini mengembara asal usul keturunan pelayan penting ‘Wayne Family’ bernama Alfred Pennyworth, bekas askar SAS Inggeris dalam lingkungan usia 20-an yang membentuk syarikat keselamatan pada 1960-an di London. Setelah menjadi sasaran kumpulan yang bersekongkol untuk menjatuhkan Kerajaan Inggeris, Alfred bekerjasama dengan ejen Amerika Thomas Wayne dan Martha Kane – yang kemudian menjadi ibu bapa Bruce Wayne. Dibintangi Jack Bannon and Ben Aldridge.

BACA:  Musim Terbaru Grey’s Anatomy Akan Menangani Pandemik COVID-19

Muat turun aplikasi HBO GO sekarang di App Store atau Play Store dan dapatkan 7 hari percubaan secara percuma atau akses HBO GO melalui Astro.

Tinggalkan Balasan

shares