Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Penjara dan Zombi, Kombinasi Menakutkan Dalam Trailer “A Patients Of A Saint”

TGV Pictures membawakan kepada peminat tempatan sebuah filem seram berjudul A Patients of a Saint, yang mengabungkan tema penjara dan zombi untuk menjadi sebuah filem yang menakutkan. Anda boleh saksikan trailer filem ini dipemain video dibawah.

Ujian perubatan yang menakutkan kebanyakannya berlaku di pulau St. Leonards di utara Atlantik, yang menjadi penjara bagi beberapa penjenayah paling kejam di dunia. Cara untuk mereka keluar dari penjara itu adalah dengan menjalani ujian tersebut. Namun malapetaka berlaku menyebabkan banduan, doktor dan pengawal perlu bersatu bagi mengelak daripada terkena virus berbahaya yang mengubah orang yang dijangkiti menjadi zombi.

Filem terbitan produksi dari British ini diarahkan oleh Russell Owen berdasarkan lakon layar yang ditulis secara bersama dengan penulis Matthew J Gunn.

A Patients of a Saint dibintangi pelakon seperti Philip McGinley, Jessie Williams, Christopher Dunne serta Jane Garda. Peminat dapat menyaksikan filem ini mulai 5 Disember ini.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

[TRAILER] Zombi Jadi Taruhan “Mat Bond Malaya” Arahan Nabil Ahmad

Kakimuvee

Leave a Comment