Slot Asia

PENINSULA Kutip RM4 Juta Pada Minggu Pertama Tayangan Di Malaysia

Views

Filem zombi dari Korea Selatan, Peninsula menunjukan prestasi yang cukup baik di pawagam tempatan apabila berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM4.1 juta pada minggu pertama tayangannya.

Meskipun mendapat maklumbalas bercampur-campur dari pengkritik, sekuel Train to Busan itu masih mampu menarik penonton ke pawagam.

Peninsula dibintangi Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, dan Goo Kyo Hwan. Kang Dong Won akan memainkan peranan utama sebagai Jung Suk, karakter yang akan menentang keganasan Zombi bersama-sama Min Jung lakonan lakonan Lee Jung Hyun.

Pelakon kanak-kanak Lee Rae akan memainkan peranan sebagai Joon Yi, manakala aktor veteran, Kwon Hae Hyo akan membawakan peranan Kim Noh In, ahli kumpulan Ming Jung yang paling tua. Sementara itu, Kim Min Jae dan Goo Kyo Hwan akan membawakan peranan sebagai pasukan penyelamat.

BACA:  PENINSULA Catat Tontonan Tertinggi Pada Hari Pertama Tayangan Sejak Pandemik COVID-19

Sekuel kali ini berlatarbelakangkan 4 tahun selepas kejadian Train To Busan dimana keseluruhan kawasan semenanjung menjadi tanah terbiar dan dipenuhi zombi. Bagaimanapun, terdapat segelitir manusia yang masih hidup, dan menanti untuk diselamatkan.

Peninsula kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan.

ULASAN PENUH PENINSULA BOLEH DIBACA DISINI

Tinggalkan Balasan

shares