Slot Asia

PENINSULA Catat Tontonan Tertinggi Pada Hari Pertama Tayangan Sejak Pandemik COVID-19

Views

Filem sekual Train to Busan, Peninsula bermula kuat pada hari pertama tayangannya apabila mencatatkan jumlah penonton sebanyak 352,930 ribu, sekaligus menguasai tangga pertama carta box office.

Selain itu juga, ia merupakan jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan mana-mana filem sejak pandemik COVID-19 melanda Korea Selatan pada Februari yang lalu.

Rekod sebelum ini dicatatkan satu lagi filem zombi berjudul #ALIVE lakonan Park Shin Hye dan Yoo Ah In, yang menarik sejumlah 204,071 penonton filem pada hari pertamanya di pawagam bulan lalu.

Peninsula dibintangi Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, dan Goo Kyo Hwan. Kang Dong Won akan memainkan peranan utama sebagai Jung Suk, karakter yang akan menentang keganasan Zombi bersama-sama Min Jung lakonan lakonan Lee Jung Hyun.

Pelakon kanak-kanak Lee Rae akan memainkan peranan sebagai Joon Yi, manakala aktor veteran, Kwon Hae Hyo akan membawakan peranan Kim Noh In, ahli kumpulan Ming Jung yang paling tua. Sementara itu, Kim Min Jae dan Goo Kyo Hwan akan membawakan peranan sebagai pasukan penyelamat.

BACA:  "Once Again" Terus Melonjak, Rating “It’s Okay To Not Be Okay” & “Train” Kekal

Sekuel kali ini akan berlatarbelakangkan 4 tahun selepas kejadian Train To Busan dimana keseluruhan kawasan semenanjung menjadi tanah terbiar dan dikuasai zombi. Bagaimanapun terdapat segelitir manusia yang masih hidup, menanti untuk diselamatkan.

Peninsula kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan.

Tinggalkan Balasan

shares