Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Pengkritik Puji “The Falcon and the Winter Soldier”

Kurang beberapa hari sahaja lagi sebelum tayangan siri kedua MCU Disney+ “The Falcon and the Winter Soldier“, dan reaksi pertama telahpun didedahkan para pengkritik di media sosial. Kebanyakan mereka memuji babak-babak aksi dan perkembangan karakter yang membantu kisah Sam dan Bucky. Anda boleh baca raksi mereka dibawah.

Siri enam episod ini akan menjadi penggembaraan global kerana kedua-dua wira itu bekerjasama dengan Sharon Carter (Emily VanCamp) dalam usaha menghentikan konspirasi baru yang dilakukan oleh penjahat terkenal, Baron Zemo (Daniel Brühl) .

The Falcon and the Winter Soldier merupakan salah satu siri Marvel Disney+ akan datang. Siri ini dibintangi pelakon seperti Anthony Mackie (Avengers: Endgame), Sebastian Stan (Avengers: Endgame), Daniel Brühl (Captain America: Civil War), Emily VanCamp (Captain America: Civil War), Wyatt Russell (Overlord), Adepero Oduye (The Big Short), Desmond Chiam (The Shannara Chronicles), Miki Ishikawa (The Terror), Noah Mills (The Enemy Within), dan Carl Lumbly (Supergirl).

Kari Skogland (The Punisher) mengarah kesemua enam episod minisiri ini dengan Malcolm Spellman (Empire) bertindak sebagai ‘showrunner’.

The Falcon and the Winter Soldier akan bersiaran di laman penstriman Disney+ pada 19 Mac 2021.

Related posts

ADVENTURE SERIES RUNNING WILD WITH BEAR GRYLLS RETURNS FOR A SIXTH SEASON ON NATIONAL GEOGRAPHIC

Zulaikha

HBO’s sketch comedy series A Black Lady Sketch Show returns 24 April exclusively on HBO GO

Isqandar

Shadow and Bone 10: Everything you need to know before traveling to the Grishaverse on 23 April

Kakimuvee

Siri “The Lord of the Rings” Menjadi Rancangan TV Paling Mahal Yang Pernah Dibuat … Hanya Untuk Satu Musim

Kakimuvee

Pandangan Pertama Bennet, Cameron & Perrault Sebagai Powerpuff Girl

Kakimuvee

Cartoon Network Bawa Pengembaraan Galaksi Luar Biasa Dalam Siri Baharu Elliott From Earth

Kakimuvee