Slot Tempatan

Pengkritik Jejaskan Kutipan Filem Tempatan? Ellie Harus Tengok Dua Pekara Ini Terlebih Dahulu

Views

Agak kelakar bila membaca kenyataan pelakon dan pengarah Ellie Suriati Omar yang menuduh pengkritik filem di saluran YouTube menjadi penyebab kerugian kutipan filem-filem tempatan.

Ellie berkata, pengkritik filem di saluran YouTube "mengakibatkan kerugian besar kepada penerbit, pengarah dan juga kru produksi kerana tiada orang mahu menonton filem kami selepas ia digelar produk sampah."

Bagi saya, kenyataan yang dibuat Ellie sangat 'rubish!', dan sekadar alasan murahan bagi mendesakan kerajaan mengenakan lesen terhadap pemilik saluran YouTube.

Pada 2015, Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM) pernah mengeluarkan beberapa faktor kegagalan filem tempatan antaranya bajet produksi, tiada pelakon terkenal dalam filem, ketiadaan promosi dan tiada kesan visual janaan komputer yang canggih.

Sebelum Ellie mengeluarkan kenyataan pengkritik filem penyebab kerugian, dia seharusnya menyemak 'checklist' yang dinyatakan FDAM. Sehinggakini, masih terdapat pembikin filem yang menghasilkan filem-filem yang sangat teruk, apatah lagi gagal mempromosikan filem mereka.

Dua kata kunci yang yang diteliti Ellie sebelum menuduh pengkritik filem menjadi penyebabkan kerugian filem-filem tempatan, iaitu kualiti filem dan promosi.

Kalau sesebuah filem itu teruk, sudah tentu tiada penontonnya. Harus diingat, penonton zaman sekarang semakin bijak menilai sesebuah filem, dan sudah tentu mereka tidak mahu membazir wang dan masa dari menonton filem yang digelar... 'sampah?'.

Matematiknya mudah, filem teruk + tiada penonton = tiada kutipan tiket, filem flop!

Begitu juga promosi, jika yakin filem anda bagus, buat promosi secara efektif sehingga penonton tahu. Bukannya lagi dua minggu nak tayang baru buat promosi, itu ala kadar sahaja. Kalau kurang promosi, kuranglah penontonnya. Ini tidak, filem teruk, promosi pula kurang, filem jadi tak laku, lepas itu salahkan pengkritik filem?

Menyalahkan pengkritik filem adalah sesuatu tindakan yang agak bodoh dan berfikiran sempit. Kebanyakkan pengkritik filem tempatan masih lagi berkompromi dengan kualiti filem-filem tempatan dan menyokong industri walaupun terpaksa menelan hakikat bahawa filem Malaysia jauh ketinggalan dari negara jiran.

Jika tidak mahu rugi, pastikan filem-filem tempatan berkualiti tinggi, dan menguasai pasaran. Jika gagal juga, nanti kita sembang dikedai kopi.

Oh ya! filem-filem yang pecah panggung Ellie tak nak puji pengkritik filem ke?

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks