Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Disney+ Hotstar telah mendedahkan trailer rasmi untuk siri asli Chip ‘n’ Dale: Park Life, yang akan dilancarkan pada hari Rabu 28 Julai.

Setiap episod siri ini akan mengikuti dua pengacau kecila, Chip dan Dale, yang berusaha menjalani kehidupan yang lebih baik di taman bandar yang besar, sambil melakukan penggembaraan setinggi langit. Chip yang sering gementar dan Dale yang gemar bersantai menjadi pasangan yang ganjil: Mereka adalah rakan baik dan saling mendorong antara satu sama lain. Dalam mengejar biji-bijian, underdog utama ini disatukan dengan Pluto, Butch dan watak-watak ikonik Disney yang lain ketika mereka menghadap pembuli hebat dan kecil.

Diisi dengan komedi kartun yang lucu, penggembaraan aneh dan penceritaan yang mendalam, siri 12 episod ini akan memulakan episod baru setiap minggu di Disney+ Hotstar.

Chip ‘n’ Dale: Park Life diterbitkan oleh Xilam Animation dengan Marc du Pontavice sebagai penerbit Eksekutif / penerbit dan Jean Cayrol sebagai Pengarah. Vincent Artaud berfungsi sebagai komposer siri.

Related posts

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Netflix Umum Tajuk Adaptasi Korea Money Heist, Tonton Teaser Pertama Disini

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

Leslie Grace Kongsi Gambar Pertama Barbara Gordon Dengan Sut Penuh Batgirl

Kakimuvee

Leave a Comment