Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Penggembaraan Ke Masa Lampau Dalam Gambar Terbaru THE UMBRELLA ACADEMY Musim Ke-2

Netflix telah melancarkan foto pertama siri The Umbrella Academy musim kedua yang memberikan pratonton selepas finale musim lalu dimana adik beradik Hargreeves telah dibawa ke masa lampau untuk menyelamatkan diri mereka sendiri dari malapetaka.

Musim pertama siri adaptasi komik Dark Horse Comics berakhir di dengan penamat yang tergantung. Spaceboy, The Kraken, The Rumor, The Seance dan The Boy menggunakan kemampuan mereka dan pergi ke masa lampau untuk menghentikan adik mereka, The White Violin daripada membawa kemusnahan pada dunia. Rancangan mereka nampaknya berjaya, tetapi peminat tertanya-tanya apakah kesan jangka panjang bagi sekumpulan adiwira itu, yang kembali kepada zaman remaja dalam usaha terakhir mereka.

Siri ini dibintangi  Ellen Page, Tom Hopper, Emmy Raver-Lampman, Robert Sheehan, David Castañeda, Aidan Gallagher, Cameron Britton, Mary J. Blige, Colm Feore, Adam Godley, John Magaro, Ashley Madekwe, dan Kate Walsh.

The Umbrella Academy musim kedua akan menemui penonton pada 3 Julai, hanya di Netflix.

Related posts

HBO MAX Original feature film LET THEM ALL TALK to premiere exclusively on HBO GO and HBO

Isqandar

The Flash: Pandangan Pertama Jordan Fisher Sebagai Impulse

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran Star Wars: Andor Dedah Pandangan Pertama Diego Luna

Kakimuvee

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

MARVEL STUDIOS’ “LOKI” TO DEBUT WEDNESDAY, JUNE 9th

Zulaikha

Pandangan Pertama Jejaka Kegemaran Dunia & Pakar Penyamaran Di “Lupin Part 2”

Kakimuvee